Tuesday, June 22, 2010

BF pilihan :)

Dulu, biasalah. Zaman bodoh-bodoh-bau-masam-budak-budak-tak-habis lagi, cinta monyet tu datang dekat siapa juga kat dalam dunia ni. Oh semangat eh muka Uols nak tau kisah silam Anis Haha ni! XD ( ok, statement annoying =.=)

Ok, dari zaman kecil sampai zaman sekolah menengah. I memang tak banyak kawan lelaki. Sumpah. Sebab I ni memang ketagori yang tak menyerlah langsung, buruk, comot, gemuk,gigi rosak, dan tomboy. Sampai la zaman sekolah rendah I memang tak pernah ada BF/ kawan lelaki/ teman lelaki/ kekasih. Loser gila babi. Zaman sekolah menengah pun sama. Dahla sekolah perempuan memang gelap betul masa depan mencari jodoh ni bagi I. Puaslah I join macam-macam aktiviti yang pastinya bila balik sure ' tangan kosong' :( BURUK SANGAT KE HAKU SAMPAI TADE YANG SANGKOT BENCINYARGH. Ok dah. Itu dulu.

Thats why I belajar rajin-rajin sampai dapat 8A untuk PMR, ok this is lame, serious shit one of kenapa I nak sangat score sebab I nak masuk sekolah campur and nak cari BF! LOL :P Patutla kau tak score SPM sebab tuhan nak hukum cash sebab kau berniat keji anis -.-'

Bila fikir-fikir pasal lelaki-lelaki yang pernah ada dalam hidup I. Sikit pun I tak menyesal just kadang-kadang ada rasa bodoh sikit. Ok tipu, BANYAK. Patutla mummy dulu cakap cari BF masa dah masuk U. I pun gelojoh sangat, baru daftar masuk foundation terus laju laju tak peduli orang lain amik kerusi, meja buat booth cari jodoh siap edar borang serata university siapa nak jadi BF Anis Haha ( ini tipu lagi sekali, cukup anis cukup)

Dari dulu I selalu berangan kalau la I ni ada secret admirer yang memang suka I gila-gila bagi bunga, chocolate , email hari-hari secara secret. Tapi Tet. Tadapat. mimpilah kau! Haha. Betul ke wujud lelaki jenis yang macam gini? I wonder hurm :)

Sesungguhnya dulu berangan nak BF kaya, handsome, wangi, kulit licin tak ada kudis, kuat sembahyang, tinggi, sweet bagai. Tapi sekarang I rasa itu semua adalah angan-angan budak yang masih kecik yang tak faham akan roda dunia ni. Kaya itu terlalu subjektif untuk kita tafsirkan. Kalau setakat kaya duit mak bapa dia yang ponya. Bagus ke? Kalau mak bapak dia meninggal dunia Uols rasa mampu lagi ke dia nak maintain untuk masih dapat digelarkan sebagai kaya? (ok ayat dah mula tunggang langgang)

Kalau dia kuat sembahyang sahaja tapi tidak berusaha untuk memperbaiki nasib keluarganya?

Kalau dia wangi setakat tibai minyak wangi abang dia yang punya?

Kalau setakat dia handsome tapi main perempuan macam dia sorang kasanova yang pernah hidup dalam dunia ni?

Ada tak dia sanggup berkorban bila Uols susah? Ada tak dia sanggup perbaiki nasib keluarga bila dia diperlukan? Ada tak dia memperbaiki nasib dirinya lebih baik dari hari sebelumnya? Ada tak dia taat disisi tuhan walaupun berada dalam dunia yang serba pelbagai ragam ni? Hm...itu yang I nampak buat masa ni.

Bukan lagi angan-angan budak kecil yang mahukan segala motif lame bila nak cari BF.

I mahukan Teman, Pembela Hidup. Bukan BF yang setakat nak tayang dekat kawan. Yeah, aku punya BF handsome lagi handsome dari BF kau. Kaya ada kereta boleh bawak aku mana-mana dan tak malulah aku nak cerita dekat kawan aku Bf aku bawak kereta apa (sedangkan kereta pun mak-bapak yang bayarkan) and banyak duit bagi aku bunga dan tanggung perbelanjaan aku hari-hari ya. Bukan itu lagi.

Pencarian I masih diteruskan. Setiap hari I masih cari. Yang ada, masih dinilai dan dihargai kehadirannya. Bukan itu bermakna berhenti setakat disini. Sesungguhnya hari esok kita masih tak tahu apa ramalannya.

wah, I nak cakap macamnilah. Selamat beramal. Boleh? ok tak boleh, cakap :P BYE

Monday, June 21, 2010

MBJ 777 love


:') (maafkan model selekeh baru tamat taekwondo session)



Setiap hari Isnin, tugas ya macam biasa before pergi ke office, ialah

TUANG MINYAK!

I adalah juga ambil tahu pasal kereta-kereta ni(sikit tapi berbaloibaloi). Jangan nanti apa-apa jadi dekat kereta tak tahu pula. So today I nak share tips Saving Minyak Kereta :)

1) Isi minyak di pagi hari/ malam
Oh ini memang benar. Silalah isi minyak waktu sejuk-sejuk. Masa tu minyak belum meruap. Pagi dibawah pukul 9 pagi ya anak-anak. Eventho 10am, 11am masih dikira pagi tapi, matahari punya panas-tahap-boleh-sunburn tak boleh masuk jadual untuk isi minyak ya! If malam,tunggu la agak-agak suhu dunia ni dah cool down baru isi. 8 malam keatas ya!

2)Nozzle
Ini penting! Jangan sekali-kali biar saja nozzle mengisi minyak tanpa henti. Benda yang bentuk dan kaedahnya sama macam pistol ni(pada siapa yang tak tau boleh check kat petrolpump), elakkan dari memicit sekali sampai habis! Buat sikit-sikit. Picit dan lepas. Ya, ulang anak-anak. Picit dan apa? Leeepass. Sikit-sikit. Ini kerana bila biar saja nozzle membuat kerjanya sendiri dengan sekali picit..dikhuatiri minyak akan akan bercampur dengan gas. Nanti sikit minyak, yang extranya..GAS! I tatau sejauh mana kesahihan kaedah ni. Tapi I penah test, MEMANG BENAR seh!*gulp* :|

3)Tyre Pressure
Setiap minggu ini benda wajibla I buat. Tertonggeng-tonggeng I sorang-sorang isi tyre pressure! Ahh itu perkara biasa ^-^. And ya, pressure tyre tu Uols boleh check dekat tepi pintu driver's side.Bila tyre cukup angin. Perjalanan akan bertambah lancar and boleh save cost!

4)Manual and Auto
Sepanjang kehidupan berkereta ni, I pernah merasa dua-dua jenis. Bawa auto or manual.(bawa manual time ambil lesen tak kira ar. Time tu Uols pun tatau berapa minyak seminggu guna. Pakcik yang ajar bawa kereta tu yang topup minyak. Apeda -.-)
If manual, elakkan penggunaan gear rendah selalu. Ini makan minyak. If auto, elakkan break-break selalu sebab everytime Uols break, gear akan automatically dropped. And for both janganlah bawa kereta membabi-buta laju ya. Best memang best, minyak pun BEST. Accident pun BEST! keke :D

5)Beban
Hihi ni tau tau sendiri ye. Jangan bawak lebih muatan la. Kereta Uols kene kerja lebih, minum minyak pun lebihla apa lagi. Untuk Gals outhere keluarkanla wardrobe-bergerak Uols tu dari dalam kereta. Bawa apa yang perlu saja ya. Tak perlu satu almari baju dan kasut ada dalam boot! :P


Ok dah letih.okbyeiloveuolsselamatmencuba! ^-^

xoxo :*

miss me!

Memandangkan router dirumah suka buat hal.
Asyik-asyik meragam macam budak kecil tak dapat susu.
Kasihan I menjadi mangsa keadaan. Kalau nak di ikutkan hati. Memang nak sembelih-sembelih router tu! Ingatkan tuan punya badan je konon-konon maintainace tinggi, dengan router pun sibuuuk je nak sama naik! keke :) Apalah nasib.

So, almost seminggu jari-jari I kempunan nak belari-lari( atas keyboard laptop kesayangan budget macam pakar IT tak tahan seh), hari ni dia dah dapat! Horny sungguh >.< Sebab seminggu lamanya I terpaksa on9 tru phone and kidnap mana-mana wireless yang berkeliaran tanpa tuan. Orang berzakat kata kawan I ^-^'




MISS ME?

IM BACK YAW'LL! :D

HOT STORIES AND GOSSIPS
coming soon

Thursday, June 10, 2010

Musim Diet Muncul Lagi

Kalau musim sejuk, panas, bunga, luruh datang sekali setahun, tapi musim diet datang entah berapa ratus kali setahun. Kalau nak ikutkan mummy I punya calendar walaupun dah 15tahun cuba diet dia tetap kata dia 6tahun diet. Ehh, pleasela jangan tanya musim diet I. Sampai dah naik lupa bila.

Dalam hidup, I ada seorang kawan yang sangat tegar diet dan tak pernah kata diet itu tak bagus. Kawan-kawan I yang lain surely akan kata

"Alah nis, ko nak kurus lagi buat apa. Dah ok dah ni"

Tapi lain bagi dia. Dari zaman sekolah dulu. Heh jangan cakaplah. Memang dia seorang yang paling suka layan I punya musim diet.

Lawak gila kalau fikir nak kurus punya pasal sampai sanggup makan biskut. Konon makan biskut. Tapi satu tin sehari nak buat apa? Keke. Kadang-kadang kacau gila bila ada jamuan makan sedap-sedap, tapi kita tengah diet. Oiiii memang choi. Tapi macam biasala, menyantap bagai nak gila malam tu then cakap

"OK OK, tape malam ni last. Esok start balik! janji!" Macam biasala kan.
Eh I tau, Uols pun macam tu! Teheee. Sep ikit!


Memang I tak ada masalah lain kecuali. Yea, penyakit-orang-mengandung. Orang lain mengandung 9bulan je. I ni? Haih dah 22 tahun menganduuuuung je! Letih lah! :P

Sebab I takut penyakit-orang-mengandung ni merebak, so I nak la cure awal-awal! Bukan apa Uols, nak ketawa pun susah. Perut ni kadang-kadang I dah berhenti ketawa pun dia still ketawa
(gegaran lemakkan susah nak berhenti! -.-') *sigh*


So, dengan ini I nak mengumumkan MUSIM DIET I dah bermula.


*.* Body lama I. HIAHAIHAIAHAIAHIAHAI ok NOT! >,<

Ada 4 peserta sekarang ni :

1) I ehem ehem
2) Ana (kawan yang I tegar gila tu. Dia lah! ^-^)
3) Arina ( Dah lost 12kg! omfg! IDOLLLLL *-*)
4) Ummi Hajira

matlamat : 45kg untuk Ana dan Ummi. 47kg untuk I ( perbezaan ketinggian) 53kg untuk Arina (ye, tinggi mcm model. Tak boleh 45kg. patah nanti!)



Gambar Hiasan. Bukan Saya (hihi, hamboi sodapnyo makan!) KATAKAN TANAK PADA MCD


OK CHAIYOKK!

Wednesday, June 09, 2010

Terima Kasih Cinta

Dulu bagi I harimau = Onitsuka Tiger!
Sekarang bagi I katak = Croc Band!
Terima Kasih Mr Ailysm ^-^


Yeay!


Double Yeay!


Jibbitz Yang Banyak Tapi Sungguh Malang Tak Dapat Pasang Semua. Ada Yang Minat?
Email me if berminat( a_ilysm@yahoo.com )

Oh ya, not to forget, to my beloved BFF Nurul Adlina.
Thank you for giving me this as my Birthday Present! ^-^

( janji nak masukkan dalam blog kan? Haa dah! keke )


Terima Kasih Cintas! Awwwww ^-^ Happy!

Girls Wanna Have Fun!

Pernah tak Uols dengar ada kawan-kawan yang berada dalam relationship-sonsang?

Ada apa dengan relationship-sonsang ni? Tentang apa diorang buat I tak akan kupas la. UOls lebih tahu dari I.keke. Kupas bawang I boleh teehee :P

Mengikut pengalaman, I pernah melalui zaman-zaman berhadapan dengan relationship sonsang ni. Tapi bila difikirkan balik. Bodoh gila la senang cerita. I dulu pernah sekolah dimana semua PEREMPUAN pelajarnya. So kat situ kita boleh tengok la ada yang macam jantan, ada yang lembut meleleh, ada yang gedik, ada yang Paris-Hilton wannabe tapi yang pastinya I ni yang biasa-biasa jelah. Skema habis.

Dulu, ada sistem kakak contect, adik contect, kakak angkat, adik angkat semuanya yang terangkatla. Relationship sesama Form dipanggil SA (secret Admirer) LOL I tak boleh tahan gelak la nak tulis benda-benda ni. SO LAME~! -.-' Eventho pernah TERJEBAK tapi taklah berlarutan sampai ke hari ini. JAUHKAN..

Mengikut sains, remaja-remaja diusia itu sedang mengenali personaliti masing masing. So mana yang terjebak tu didiagnosiskan sebagai mengalami penyakit CONFUSE. Tapi tak boleh la nak confuse lama-lama tehee. Melarat bahaya! Kejap tape XD

Maybe ramai yang tak faham dengan keadaan ni.Mata-mata jahat yang kat luar tu hanya pandai tuduh macamlah hina sangat. Bukan nak bantu! I rasa if diorang tu semualah yang melalui frasa ni MUNGKIN diorang first yang terlungkup jatuh bedebik-debik dalam kancah yang sama. Tak rasa, tak lalui, jangan just pandai cakap. Cuba fahami. Jangan hanya menunding jari saja ye.* amboi dah emo dah emo * Bantulah! *muka serious* Yaaaa...itu yang kita mahu. Aiyo itu pun nak bagitahu ke? Tehee :P

Yang I dapat saksikan sekarang. Ramai yang berubah. Yang jantan-jantan dulu semua dah girlish. Lagi GIRLISH owk dari perempuan yang lembut meleleh dulu! ^O^ I rasa bahagia tengok perubahan tu semua. Terbuktilah fakta sains itu semuanya benar. Itu hanya bersifat sementara. Mereka hanya melalui frasa mengenali diri! ^-^

Kepada yang masih belum jumpa jalan yang terang ni. SEMUANYA BELUM TERLAMBAT! Jalan yang gelap kita suluh-suluhkan yaa. Selagi ada masa. Kita kena usahakan. Jangan tak berusaha langsung tapi hanya salahkan takdir! Kita mampu mengubahnya. Semua terletak pada diri kita.




Ps:Fikirkan kenapa Allah swt ciptakan ADAM dan HAWA?
Ya, Tepuk dada tanya selera :) U know the answer

Friday, June 04, 2010

My Beautiful Nightmares


Phew.
Ondaway pergi office pagi tadi, macam biasalah I akan dengar radio. Selalunya I dengar Fly.fm, tapi pagi tadi tiba-tiba I dengar Xfresh.fm pula. Topic for today ialah MIMPI. I terkejut! Yea, lastnite I memang mimpi weird-weird. Past few days pun, my kawan-sejati-sampai-amposh pun ada cakap pasal her mimpi. Hm..

She mimpi gigi patah!
Maksudnya: Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati! Auch >.<'

The nextday, she mimpi again. This time, semua ahli keluarga her datang rumah. Oleh kerana she takut akan benda bukan-bukan terjadi she told me about her mimpi. Memanglah I seorang yang tak mudah-mudah percaya tafsiran mimpi ni. And plus, she ada cerita dekat her officemate, she cerita she mimpi about her friend which is my friend too , pregnant, and danggggg! MY FRIEND TU BAGITAU SHE PREGNANT beberapa hari kemudian!

MACAM MANA NI?
JADI KENYATAAN KE?
JAUHKAN LAH SEGALA KECELAKAAN
:( astaghfirullah

(eh eh my friend tu dah kahwin ye. tak boleh kira sebagai kecelakaan :P,itu kegembiraan ok! ^-^)

Sejauh mana kebenaran, kesahihan tafsiran ni semua? *gulp*

Ini semua



ISK ISK ISK -.-'

PS: If I mimpi kene kiss dengan my own uncle camne eh? brrrrrrr *screammmmmmm
:(

&& CONGRATULATION TO YOU ZATI :D

Thursday, June 03, 2010

Cant Fight The Moon Light

Setelah almost 3 weeks kerja di Rakeba Security. I belum sempat bercerita or memperkenalkan tempat kerja I ni kan. Ha so, memandangkan today I sedikit free, dapatlah I bawak Uols tengok-tengok tempat kerja I. Teehee :)

I sebenarnya tengah kerja lagi sekarang. I senyap-senyap snap pics. Ada parts yang I tadapat nak tunjukkan. So, jom I kenalkan dengan kakak2 office I ^-^


Ini Kak Azie. Dia handle semua hal-hal company financial. Bayar gaji, beli inventory, bagi advance and macam-macam lagi. Phew, kalau tengok dia kerja memang tak berhenti lah. Laju jeee. Dia 25 tahun. Suara nyaring and suka makan :P



Ini Kak Nurul. Dia handle account-account. senang cerita, kerja dia sama je ngan Kak Azie tapi sebab dia baru bekerja dia kena la tolong-tolong dulu kak azie, sambil itu boleh belajar :) Later, boleh la dia kerja tanpa bantuan and tunjuk ajar lagi.


Haa, dia ni Puan Mastura. Dia suka ketawa je. Gedik. Dia handle bahagian Admin.

Diorang bertiga la I tengok hari-hari. Ada 4 lagi lembaga pengarah adan 3 orang lagi pengurus dan seorang driver. Lain-lain pekerja tak kelihatan sebab ini Syarikat memberi Kawalan Keselamatan. So semua pengawal keselamatan semua ada dekat tempat diorang berkawallahkan :P Tak dapat pula I nak deretkan semua-semua dekat office ni :P



Ini bahagian lobby la kira. Siapa-siapa datang nak duduk tunggu :)



Sambil-sambil tunggu bolehlah tengok-tengok gambar gambar company and tengok-tengok sijil ke articles ke :)

Oh ya lupa.Because of semua Lembaga Pengarah ada. I tak beranilah nak snap picca bilik diorang. hihi. Bilik my father dapat la snap sebab bilik ada dekat depan. Since dia pun tak ada disitu, senanglah kerja. Teehee.



Haaa. I belum tunjuk Uols my place right :) Ok jom tengok ^-^



TADAAAAAAAAA -.-' walaupun macam hambar sikit. Tapi, ya, its my place :P ohoi kantoi tengah baca blog! ep ep pergi buat kerja anis!



This is my file. Besar betul tulisan I Tehee :)



OK, Ini I, Anis. I semangat pergi kerja! Chaiyok ^-^

As Long As U love Me

Pernah tak terfikirkan rupa I another 30, 40 years ahead?
I selalu terfikirkannya. Mesti mesti mesti I akan gemuk :P
Sebab I terpengaruh dengan iklan Dafi + Sharifah Amani tu. OMG takutnya >.<'
Since my mummy's side memang ramai yang 'comel-comel', hui lagilah I bertambah-tambah takut. Yea, makin bertambah takutnya bila my brother, Farez , suka takutkan I " Alahai Anis, dah beranak nanti, haa macam tu la ko nanti *sambil muncung-muncung to my mummy*

ISK! Janganlah please >.<"

Siapa sangka Si Cantik Manis ini






IS MY MUMMY :)

Jeng Jeng Jeng

30 tahun selepas berakhirnya zaman kegemilangannya



Yea, masih comel hik hik. Ops bukan yang behind ya. harap maklum :P

Sama-samalah fikirkan from now apakah nasib yang bakal menimpa nasib si anak gadis dibelakang pula *.*'

ps: I LOVE U MUMMY! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...