Tuesday, July 27, 2010

All I Want Is You


Oh ada juga orang bertanya. Apakah tips I boleh pakai cream jenis matte dan liquid secara slumber :D Oh I tak adalah slumber mana pun. Ada caranya ya adik adik. Walaupun ramai yang tak tahu, pengunaan scrub adalah sangat crucial untuk mendapatkan permukaan kulit yang SLUMBER untuk disapukan dengan cream jenis matte and liquid!

Dalam seminggu kulat boleh tumbuh diserata permukaan kulit. Haih yang tak rata tak rata putih putih tumbuh tepi mulut tepi hidung tu semua kulat la tu...just Uols tak tahu.Ramai yang I dengar memberi jawapan, bahawa itu adalah kulit kering. Ya ia menyerupai kulit kering! Eh ingat Saka( hantu yang nenek-nenek suka pelihara a.k.a granny's pet ) saja boleh menjelma? Huh! INI SAKA KULIT! Perangi saka kulit!!! xD

Ya, title I tak sesuai ya untuk saka kulit ni. All I Want Is you is not for saka kulit but it is for "MR.SCRUBBBBBBB"!

Taraaaaaaaa ^------^



Yessssss. Bukan badan saja harus di scrub. Muka lagi HARUS :)



Ya ini wajah terbaru. I rasa I tersilap beli la. Sebab this one beads dia quite halus :P Tak puas sangat. So siapa kulit halush tu boleh guna this one! :)




Ok, My Tips for today


Lepas scrub pastikan Uols basuh lagi muka gunakan pencuci muka yang Uols selalu guna. Kerana, pengalaman I. Scrub ni agak mudah mengeringkan permukaan kulit. So, hilangkan kesan-kesan scrub mengunakan pencuci muka asal Uols :) Secara scientificnya..(teori buat sendiri) P.h muka akan kembali seperti sedia biasa!

OK here you go, I pakai pencuci muka biasa saja. Sebab I dah banyak cuba pencuci muka. Dan I rasa Safi dan ada lagi satu Syurah, telah di'design' mengikut kesesuaian climate Malaysia ni. Thats why pakai pencuci muka product luar negara banyak menimbulkan masalah kulit. Mungkin ( personal opinion yea) product tu khas untuk cuaca dan texture kulit Mat/Minah Saleh je maybe~ ^,^ Guna lah Safi! Haha I dah boleh jadi Duta Safi-lah I rasa!



AND lastly pakai moisturizer! Dulu, I jarang pakai. Sebab tak jumpa moisturizer yang sesuai. Oh yang ini Ive tried :) and walla~ CUN!


Nampak kan ada tulis Non-Greasy! Memang sgt Non-Greasy! Trust me! :* Love it!

Ps: Tak berani nak keluarkan tips untuk rambut sebab rambut I macam akar kayu >:

Thursday, July 22, 2010

Eh? Keypolah Awak Ni!



Atlast, kawan sebilik-sebantal-seselimut-sepinggan-se....selsema-sebijak-segatal SEGALA JENIS SE!

Jeng Jeng Jeng!

Mengambil keputusan bijak-pandai-bernas untuk memulakan kerjaya dalam dunia blogging :)

I Love U baby-busyuk-suka-menangis-tak-dapat-makan-drumstick Ananuyio! cup cup cup :*

Tak rugi. Tak boring. Tak menyesal. Malah akan tercirit-cirit pula ketawa nanti
(Ana, adakah I seperti menakutkan para pembaca? -.- tak sengaja!
Bad Anish Bad Anish!)

Kalau tak cirit, wang akan dikembalikan ya. Erk. Yea, wang dari Ana-lah.Siapa kata dari I. Bukan dari I-lah. Wang dari I kena tunggu raya -.-'. Kalau cirit terlalu teruk kan kan. Ei, I rasa tu bukan salah blog. Tu salah Uols pergi makan makanan yang telah di'cirit/tahi'kan oleh lalat. Atau mak Uols tu tak masak cili betul-betul sampai masak. Tercirit la apa lagi. Huh! Lagi mau tak tahu eh!
Pek Pek *pukul punggung cirit*


Ha apa lagi kalau rajin-rajin Uols singgah la her page. Uiii nak tahu Uols *keypoh*, Ana ni pandai buat cake, puding caramel, buat pan-cake, masak rendang, masak telur, masak maggi, masak nasi kerabu, masak mee goreng mamak, masak ikan sweet sour, masak burung puyuh goreng isssh semualah! slurps ^^ rugi siapa tak pergi page dia. Dia ada buat pemberian makanan secara percuma tau tau
( Na, I tatau na. I main cakap je ni. Asal dapat tarik visitor. Rasa rasa dapat pancing tak? Kalau I kan kan bab makanan I laju. Sure dah terjerat XD ) Maafkan I. tsk T.T

ps: Dia baru buat one post. Tapi, dari 1st impression Uols dah boleh tau dia best. try la. Click-lah sini, ANANUYIO. Uiiiii ramainya click. Ey? keypoh la Uols ni! keke
prek prek! >.<'

BYEBYEBYEBYEBYE

Tuesday, July 20, 2010

Im Sorry Malaysia , Indonesia

Ok Ok janji dulu tak marah I?
Ok Hmmmmmmmphhh (tarik nafas tarik nafas) Fuhhhhhh (lepasss)

I tak tahula apa kena dengan I ni. I..err
I dah suka sangat. Maybe Uols semua tak mampu faham dengan apa yang I sedang lalui.
I berperang dengan perasaan I sendiri setiap hari. Yea yea I tau semua orang benci. Tapi I mimpi hari-hari-lah. Sehinggakan perancangan untuk sambung Master luar negara pada mulanya I benci, tapi sekarang mampu jadi titik tolak untuk berada dengan lebih dekat.(cuti-cuti boleh visit Jakarta!)

Alaaa. Apa yang I rahsiakan sangat ni?

(jeling-jeling)


Alaaa


(muka merah)
(muka merah)

Jangan marah tau Malaysia!Indonesia! I angau over Ariel-Peterporn!

Yela mula tu semua nak OMG OMG OMG. Yaaaaaaaaaa OMG-lah semua :((

I dah lama OMG sendiri. I OMG setiap hari. Aku sendiri udeh tak tahu nak ngomong gi mana lagi sih! Aku liet dia kok ganteng banget dong! Tsk T.T

Maybe orang Indonesia sekarang dah pandai letak kaedah-minyak-dagu-digital kot. I tengok videoclip sekali saja terussssss KEBABOMBOMBOM ANGAU. Tak acah meleng taik kambeng laaaa. SERIOUSLY -.-'


Tengok ni tengok ni



Alaaaaaaaaaaaaa



Fuh Fuh Fuh ( sesak nafas)



*Cairrrrrrrrs* (diluar kawalan!)




OMG fainttttttt!


Ps:Video panas tak mempengaruhi eh! Hep hep notty notty! Tak mau Tak mau :|

Friday, July 16, 2010

Gerek Sangat Ke?




I tak tahu lah maybe ini perasaan cemburu-buta-berkatarax I saja atau apa kan. Tapi seriously lah, I dah sampai tahap bingung, pelik, tertanya-tanya seorang. Uish tolongla jangan biar I macamni. Kesiankan I ni kan kan. Ok, soalannya

Ada apa sangat jadi model ni?

Tak dinafikan ramai je perempuan cantik yang memang layak buat modelling. Ramai macam cendawan tumbuh selepas hari hujan dah sekarang ni.Tapi dengan adanya pulak insan yang ini macam

"Eh semalam I shoot sana...I semalam baru habis shooting dengan bla bla" "I ni model bridal sini bla bla, I ni nak berlakon movie bla bla " yang telah merosakkan atmosphere.

SEKALI TENGOK MUKA? (sambung sendiri)

SEKALI TENGOK BADAN? (Ya, sambung sendiri juga)

SEKALI TENGOK TINGGI? Biar I sambung, cousin I umur 10tahun lagi tinggilah!

KECIWA LA NENEK T.T U orang mengaku Model macam ini

I nak minta maaf la kalau I yang seorang yang rasa macamni. Tapi grow-up la sikit wahai insan-insan diluar sana. Buat modelling ni tak salah.If Uols memang model I memang mengagumi kecantikan Uols tu. Cemburu pun ada sikit. ok, BANYAK tet! Memang fofular. I faham. Tapi GEREK tu kena lihat juga kot terbawa atau tak terbawa dengan bentuk fizikal dan acuan wajah milik tuan puan datuk datin tansri puansri sekalian ya.

And and, If betul la, Uols bertahap Adriana Lima pujaan hati I tu, tak perlu bagitahu pun I boleh jumpa wajah Uols dalam magazine yeah?

ps: Aksi-aksi pose dengan rakan-rakan dimaafkan sebab tak ada unsur GEREK. I faham itu hanyalah aksi favourite past time Uols. Kecantikan itu hak milik setiap insan. Ya, I faham. I pun tengok iklan tu :P

OOps ramai nya dah marah dengan post ni! LARIKKKKKKKKS byebyebyebye!

Tuesday, July 13, 2010

Tips Ambil Hati Wanita

Dengar tajuk saja I dah tak tentu arah macammana nak express the feeling. Hehe, yala, mana tau ada orang yang bersin-bersin, tersedak-sedak baca entry I ni dekat Bukit Beruang tu ke kan :P Maafkan owrang. Owrang tak sengaja :P

Lelaki diluar sana! Yes..YOU!

Perempuan ni tak complicated mana pun nak dikenali. Seriously senang! Yang complicatednya tu perempuan saja-saja buat! Budget nak test-power la dengan Uols. If merajuk pujuk ke tak. If menangis ada orang tanya ke tak. If lapar ada orang care ke tak. Segala macam IF la yang akan timbul! So jawapan yang terpaling senang ialah.. LAYANKAN SAJA LA ABANG :) Teehee!

Make sure hari-hari alah picit jela hp tu

1) Say good morning

Tengok jam ye abang-abang. Waktu-waktu yang crucial ialah Pagi, Tengahari, Petang, Maghrib, Tengah malam. YESsssssssssssss. Itu saja!

Adjust to time, tanyalah diorang ni dah makan belum, ada orang nak teman makan tak, makan apa. Alaaaaaah very-the-stupid-question-but-they-still-love-to-be-asked! LOL :)

Sambil-sambil bagila sepam duapam phonecall! aiyo jangan kedekut sangat la abang!
Soalan soalan tu I tak dapatlah nak tolong banyak. Uols kena lah guna kaedah KBKK( Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif) atau Cuba Jaya! There you go. Ure almost there!!

Tau tak perempuan cepat terharu dengan benda-benda kecil yang tak masuk dek otak lelaki tentang ke'wujudan'nya?

Contoh ya contoh :

2) Perempuan tu dah herot berot baju bawa barang banyak. Yaaaa, hulurkan tangan. Ekhem.."boleh saya bantu" cewah!

3) Cakapla dengan nada yang sopan dan tiada unsur untuk mengurat! Yaaaaa, senang! Kalau ada niat nak mengurat..kawal kegatalan anda untuk seketika! Perempuan akan fall for you dengan sendirinya

4) Puji pemakaian mereka. Let say macam " wah, suit betul baju ni dengan awak :)"
alamatnya senyum lebar sepanjang harilah !Entah-entah 10 helai design yang sama perempuan tu pergi beli lagi! keke

5) Beri hadiah. Wei I bukan materialistik ok! NO and NEVER! but still la, Perempuan...itula secretnya. Tapayah mahal-mahal. Belikan cookies ke. Chocolates ke bila dia stress, Bunga ke just to suprises her, anything yang dia perlukan..

If oneday dia mengadu..tadi I belajar..rupa-rupa pen I semua dah habis ink..Haaaaa! There! Belikan la dia pen! YESSSSS EVEN ONLY A PEN. Bluergh. Minah tu boleh terharu!

6) Kalau Uols pergi sembahyang jumaat. Hisssssssssssssh. Memang terus senang hati!

7) Uols teratur dengan segala urusan harian. Perempuan akan nilaikan macam mana uols handle ur expenses. Tak ponteng kerja. Tak ponteng class. And serious dengan segala urusan hidup. Baru la berwawasan broooo! eh abanggggg!

8) Spare sedikit masa dengan diorang. Eventho kawan uols bagi jadual padat nak amposh untuk lepak, main futsal, main rugby, main bola, main game, apa apa main la. Atleast, spare time untuk gadis gadis Uols ni. Show them yang masa Uols ada untuk diorang still eventho busy :) They'll understand.Sure will.

9) Bila berbual. Buang la tabiat nak show off everything. Maybe masih ade wanita-wanita selenge yang termakan dengan kata-kata-semua-nak-world dari Uols. Tapi bagi pandangan I, if perempuan tu cukup matang, diorang nak dengar Wawasan ye abang. WAWASAN. Bukan lagi "Eh you nak tau rumah I ada ferrari 2 bijik, bapak I Tansri, I drifter, I buat modelling, I abang long 3 line" bukaaaaaaaaaaan. dah bukan dah!

10) Bila bercakap pandang ke mata and if perempuan hot gila babisss pun lalu. PLEASE jangan la kerling. Pandanggggg dia sahaja. Dengan itu...hehe berjaya la uols nanti!

11) Punctual. Ya, jangan ajak dating pukul 10, pukul 10 belum bangun tidur ya!!

12) Apa-apa hal yang perlukan pandangan sesiapa. Dahulukan si dia. Tanya pendapat dia dulu..baru orang lain. Buat dia rasa, dia sebahagian yang penting dalam kehidupan Uols.

13) Anda ni peramah? Tak kira dengan perempuan pun? Uishhhhhh jangan la dengan dia you cakap sweet dengan orang lain pun you sweet jugaaaaaa. itu sweetalker namanya. Bagila rasa special sikit...kan?

14) Beli makanan Uols duduk chop tempat. Dia pulak beratur beli makanan...hish tak macho la itu macam brooo! Pastu dia lagi berat-berat bawa makanan.Sighs :/

15) If perempuan mengadu masalah, kalau dia kena buli ke. Ambil la tindakan. Janganlah buat tak tahu and buat macam tak ada apa yang jadi. Kalau dah awek broo dah mati dalam semak nanti baru hegeh-hegeh nak nangis. Sory la bro. Dah jumpa tuhan dah time tu!

ps: yang perempuan pun. Jangan Uols saja nak lelaki macam ini-macam itu ya. Kalau tak pandai masak, pergi belajar masak! :P shuh!

Pillow Talk Moments
















Inapproriate stunts and styles , but worth a thousand smiles :')

RINDU always RINDU :* xoxo

Tak Bertamadun



I will not entertain any of your useless words because I do not believe in loving enemies. Plus, I have pretty hard work to love my friends. Neither do I believe in revenge. No one can afford to keep the viper of revenge in one's heart. But I believe in justice, in self-defense! And ya, for you, take this as your life's reference
"Great people talk about ideas. Small people talk about OTHERS"

pffft worthless you small people!"

Thursday, July 01, 2010

Dadah dan Miri

Ditakdirkan nasib I ni selalunya malang, tapi kali ini atau this time around, HOH-MAI-GOD I bertuah. Rindu gila nak rasa perasaan bertuah ni. Puas I belek newspaper/magazine/sms pasal bintang / horoscope bulan kelahiran I, diorang suka bagi I harapan palsu. Cakap I ni bertuah-la, pandai-lah, ramai kawan-lah, kurus-lah (ni tambah tambah) tapi I tak nampak dimana ke-relevan-an nya tu. hesh. lari tajuk. lari tajuk. -.-'

OK pada 23th of June itu hari, entah macam-mana pihak office telah menawarkan I untuk menghadiri satu mesyuarat di MIRI. hehe. Muka dekat office masa diberitahu memang.HESH.macam biasa je. maintain. Tapi dalam jantung ni ha. Ohoi tuhan saja yang tahu. Kalau buat medical -checkup mesti dia akan kata I menghadapi tekanan darah tinggi macam tahap air-pili-bomba! Sudah hampir pecah oi sakit jantung aku-lah :)

So on 24th bertolaklah I ke Bumi Kenyalang tu. Ok nak dijadikan cerita, Mummy I ni memang seorang yang sangat kusut/kabut/panic orangnya. If Iols sekeluarga nak pergi bercuti ke apa dia suka ingatkan macam..

"Eh rasanya Mummy dah switch off tak iron kat rumah?"

"Eh rasanya Mummy dah matikan (bukan bunuh tapi off ya anak anak -.-') api dapur tak tadi?

"Eh rasanya Mummy dah lock gate tak tadi?"

"Eh rasanya tingkap dah tutup tak hujan lebat-lebat ni"

Tapi semua question tu hanya akan diajukan bila perjalanan kami sekeluarga dah cukup 90 km = 2marhalah-lah senang cerita =.= baru nak tanya! Kalau betul tak off semua tu. Haih. Al -kisah rumah dah cukup rentung dah. Tinggal serbuk je la jawabnya. Pencuri dah sempat balik upload barang curi dalam lelong dot com dan dah dapat buyer pun kalau nak diikutkan LAMBATnya proses itu berlaku. Haih mummy mummy.

Cuba bayangkan. Uols dekat airport nak lalu dekat tempat nak scan semua belongings and badan tu tapi dia boleh cakap..

"Eh matilah kita semua kalau ada orang yang bawak luggage kita tadi ada masukkan dadah dalam bag. EEEE mummy nak stop and geledahla dulu before lalu kat tempat scan tu"

Oiiiiiiiiiiiiii. Cuak laaa I apa lagi. Benda yang dah banyak kali lalui pun boleh jadi cuak-gila-tahap-nak-gugur-jantung-kali-ke2 sebab sebelum ni tak pernah terfikir ada org yang akan bermotif jahat nak berbuat sedemikian! >.<
Memangla dekat newspaper banyak cerita tentang orang dianiaya sebegitu. hm.....tapi
Alhamdullilah tak ada apa yang berlaku. Bag Iols semua bebas dadah :'D


Sampai-sampai terus lapar. Apa lagi. ROOM SERVICE! :)nyum


Good Morning Miri :)



Kecil je Miri ni. Tak sesak. Love it :)


Hee Ready nak pergi Meeting! Hoyeah ^^


Before meeting, kena la dengar taklimat!


Hoho teringat dimana Im the only girl yang tinggi disitu. Comel-comel orang sarawak ni yea :P Ha gambar macam tak ramai orang. Sebab yang section untuk Kawalan Keselamatan memang tak ramai. Kakak-kakak yang ramai-ramai tadi semua dengar taklimat makanan basah dan tender memasak untuk sekolah :P


FINISHED and Its time to krohhh zzz (kaki panas pada awalnya)


Ok dah sejuk! keke :P


Sekian! Itu saja pengalaman yang ingin I share sepanjang outstation! :) Apa lagi, mintak la Bos Uols hantar outstation! Tak besttttt..eh BESTTT

Ps: Seronok juga kerja Kastam kan. Boleh RABA-RABA orang dekat tempat checking badan :D yeha!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...