Wednesday, August 25, 2010

The Baba's Boys :)


Jarang sekali I share about personal life dekat blog :)
Eventho jarang, I rasa tak salah if I selit selit kan sedikit tentang Anis Haha :)
Kalau Uols nak tahu, I ada 3 orang siblings. I anak yang ke-2. Kak ngah la senang cerita. Sejak kecil I memang lasak macam lelaki. Almaklum diapit dua lelaki. Yang 1st nama dia Mohd Farez (abang), yang kedua ehem Mohd Anis (oops ni I la :P) dan yang ketiga Muhamad Syarul Iman( adik). Semua beza 4 tahun 4 tahun.

Dari dulu I ni ganas. Ya Allah susah nak cakap. Gigi rosak, gemuk, hitam, haih ganas pula tu. Orang kata, perangai anak ni dia akan mengikut yang atas. So kalau I, akan ikut abang dan adik akan ikut I. Faham ke? ( I memang lemah nak explain) OK SEMUA SILA BUAT MUKA FAHAM -.-'



Abang I memang ganas orangnya. Bukan ganas a.k.a buas macam baboon tu. Tapi brutal la kira. Suka dengar lagu-lagu orang gila(mak I kata) alaah macam lagu rock and dia sangat minat la macam nirvana, the strokes, weezer, muse bla bla tu semua. Tapi banyak kenangan I dengan dia. Pernah once kena tampar sebab terpanggil dia dengan nama.."ei pares, mummy panggil makan" and PANG kena pelempang satu das! =.= NANGIS AKU. Kena hormat panggil dia abang. Lorat je tapi nasib baik pandai, terpaksalah I ikut cakap dia. Contoh TERBAIK dekat adik beradik (bang, baca jangan kembang sangat. Rileks tarik nafas, lepas!)

Dulu dia lah yang I paling benci sebab dia macam gila kuasa (mak I dah bagi sepenuhnya kuasa ke"abang"an dekat dia) Dia bagi I keluar main basikal pukul 4.30 petang pukul 5 petang dah panggil balik. TAK KE NANGIS AKU LAGI :( Oh lupa nak cerita dia ni KEJAM dulu. Ada ke tak mahu share air dengan I sebab dia kata, "aku geli nak share sebab ko perempuan"! Ha, kalau nak disalahkan memang dia la buat I jadi cam jantan-jantan ni!

Ehhh tak lah. I terpengaruh sebenarnya -.-! Ikut abang I tangkap ikan dekat sawah, lastik plastik pemberat banner AYAMAS (alahh dulukan banner kalau baru buka kedai diorang gantung plastik air supaya berat tak terbang-terbang), main TAMIYA, hisap rokok lepas tu kunyah Fruit-tella bagi hilang bau, paksa ayah I belikan roller-blade sorang satu, tease I kalau pakai baju perempuan, buli adik I sampai nangis pastu tutup mulut dia (tak fikir lemas ke tak), and alaaaaaaa macam-macam lagi. Tapi sekarang, dia sangat berjaya. I sangat kagum dengan dia. Tak pernah lokek dengan adik-adik. Eventho dulu macam syaithon terlepas, tapi sekarang dia dah berjaya :)( bang puji ni raya nanti double eh angpau! MUAHAHA XD

ANAK KEDUA!
part ni paling I suka. SEGALA BENDA PALING BAIK DALAM DUNIA SEMUANYA MILIK ANAK NO-2 ni! SPECIAL GILA LA SENANG CERITA. eh bukan "istimewa" lah! =.+
aha dia takut lipas dan segala jenis serangga walaupun dah mati. enough :)

OK PASAL ADIK I PULA LA.



Ok, dia banyak ikut I. Almaklum kakak dekat atas. Dia lembut-lembut sikit. Eh dah kenapa yang awak senyum. Dia bukan gay! tapi lembut hati-lah. Cakap pun meleleh. Joke joke. Man, ko hensem man :) Ha ni tak tipu. Hehe :) Kaki dia berbulu tapayah pakai seluar pun tak apa. Sebab bulu dah membentuk seluar. Dulu kecik, satu hari minum susu tak boleh nak kiraaaaaa la. selang setengah jam dia mesti merengek nak susu. Dulu gemuk, dah nak give up dah ada adik gemuk tapi (amboi marah Man muka kau) tiba-tiba terkurus pula dia dah besar-besar ni. Alaaah senang cerita dia ni memang pandai. Perjalanan hidup dia memang indah-indah je. Exam penting-penting memang result jarang rongak la senang cerita. FULL JE! Kaki bodek mak I no satu dia ni! "sedapnya mummy masak..terima kasih mummy~ " <---ni ayat paling meluat. Mak I apa lagi tak tentu arah la dia. tersengih-sengih tak tentu pasal ^-^ HAHA!
Disebabkan badan dia penuh jerawat. Weols panggil dia PASIR. Tapi kesianlah. Dia rajin mandi tapi tetap diserang jerawat! Tape man, ure the best man. Iman ni, jarang melawan cakap I. Yelah orang lembut hati. Haha sampai mana-mana pergi gay suka dengan dia.

Bila dah nak dekat raya, I mula nak rasa rindu >.< dengan si gila dua orang ni :/




RINDU LA WEI. BALIK LAH. SAMPAI HATI BIAR MUMMY BEBEL KAT AKU SORANG SORANG! SHARE LAAAAAA WEI! SETAN LA KORANG!

Saturday, August 21, 2010

Makan Tapai Plastik

Bulan bulan Ramadhan ni. Lepas lepas makan nasi tu if dapat pula makan dessert memang best :)

Benda ni selalunya dalam daun. Tapi version moden, pakai plastic hijau :)
Eventho tak nampak authentic, tapi rasaaaaaaaa umphhhhh masih authentic Uols ^-^


Tapai Plastick Hijau :)


Fuhhhh ^-^


Makan dengan Icecream Vanilla >.< nyummmms


Taraaaaaaaaa :)))))



NANTI UOLS CUBA OK!

Friday, August 20, 2010

Tabiat Orang Malaysia

Rata-rata orang Malaysia ni kadang-kadang I tengok pun naik pelik. Sebab perangai-perangai dan analisa-analisa yang diorang buat ni, menjadikan I naik keliru, pening, rasa nak buka puasa dan makan tapai banyak-banyak. Erk?

Antaranya

1)Orang yang single malu nak mengaku single dan rasa rendah diri dengan kawan-kawan?
Uols jangan nak geleng geleng kepal. Ha ya, I tau orang akan cakap "Alah ada bf senang la cakap" BUKAN ITU! Seriously, Uols tau tak, ada bf/gf pun bukannya cool sangat and bagi I, Uols should be proud and bukan rendah diri. Buka minda. Single bukan bermakna tak laku. Belum jumpa jodoh terbaik saja. Senangkan? Ala pedulikan kawan-kawan yang tease Uols. Setakat bf/gf dia jumpa tepi bus stop, stock asal boleh. SESIAPA PUN BOLEH DAPAT. Kita mahu yang berkualiti ya.

2)Malu makan seorang diri, sure orang chop anti-sosial dan loser?
Hello hello hello. Bagi I orang yang seorang seorang lagi HOT. Nampak sangat independent. Tak rasa macamtu? Dari berlapar, sebab malu beli makanan sendiri. Tunggu nak gah tunjuk ramai kawan baru ada guts? Please, itu lagila sangat loser!

3)Kenapa baru tengok bawa motor dah judge orang tu miskin?
Perempuan la paling paling. Lelaki kalau handsome macam mana pun, kalau bawa motor. Ha memang bye bye. TAPI KENAPA? HINA SANGAT KE? Jangan terkejut la, kalau dia saja nak low profile dekat rumah ferrari 3 biji duduk rest dekat garage. Nanti jangan baru nak hegeh-hegeh. Sebenarnya, kadang-kadang kereta je besar, poket pun naik kering isi minyak!

4)Perempuan cantik lelaki tak handsome? Lelaki handsome perempuan tak cantik?
HOH ini masalah no.1! Kenapa la pelik sangat ke? Kalau yang dah yang hodoh saja perangai cantik kan ^-^. Muka cantik, perangai hodoh tak guna juga.

5)Kahwin muda sure dah jadi apa-apa tak elok? Mengandung la tu?
Pelik betul lah. Orang tua-tua cukup suka buat andaian yang macam ini. Orang zaman sekarang kahwin muda nak elak maksiat. Later dah buang bayi, yang tua tua juga bising bising cakap anak muda sekarang dah tak tahu malu. Keluar news tak henti-henti. Dah mintak kahwin tak dapat dapat siapa juga yang salah? :P

6)Menilai orang dari segi pemakaian?
Asal tak pakai tudung. BITCH. TAK SEMBAHYANG. JAHIL. Jangan macam itu lah. Jangan disangka bertudung saja pasti baik akhlaknya. Kalau betul baik, kenapa ada lagu "Minah Tudung Zaman Sekarang" Mungkin yang tak pakai tudung ni, bila dah pakai, lebih baik dari tak disangka-sangka. Macam mualaf, bila dah masuk islam dia lagi taat dari orang yang dilahirkan Islam. Insyaallah, bagi peluang, galakkan mereka. Oneday, Insyallah.

7)Perempuan suka pinggirkan perampuan yang lebih cantik dari diri mereka. Kenapa?
I rasa lelaki tak pernah macam ini. Haih, I nak pening fikirkan masalah ni. Hal ni jadi sendiri di depan mata I. I ada seorang cuxen yang cantik. Everytime I jalan-jalan with her, seriously mana-mana sales girls sukaaaaaaa gila jawab langsi-langsi dengan her and suka pandang atas bawah. Kalau lelaki yang tanya, bukan main manis. Grrrrr

8)Mak bapak hanya pandang yang engineer, doctor, accountant, architect?
HAHA. Jangan kata mak-bapak Uols saja. Parents I pun 2x5=10. Haih. Tolongla tukar perception tu. Please la . Please la. Please la. Kalau title anak Tan Sri semua orang nak kawan kannnn. Darjat ni semua tak kemana. Kita semua sama. Seriously sama.

9) Fenomena terbaru, semua nak jadi Model? Artis?
BEST SANGAT KEEEEEEEEEEE. Durh -.-

10) Bila bercinta, kenapa lelaki saja yang kena keluar duit?
Memang la, agama ada cakap, segala tanggungjawab lelaki yang akan pikul. TAPI ITU BILA DAH JADI SUAMI ISTERI. Uols ingat lelaki tak jamm ke kepala nak fikirkan bila keluar ngan Uols semua dia nak kena bayar? Yang perempuan pun, haduh, pleasela reti reti sikit fikir.

11) Dengan gf/bf cakap pijak semut pun tak mati.Tengoklah bila dah kahwin nanti?
Ini sangat betul. Tunjukkan la diri natural Uols. Jangan selindung sangat. Jangan tengok sikit punya girlish/macho-man. Dekat rumah kalah singa. Yang perempuan suara garau kalau tak tengok muka sure ingat lelaki.Cakap dengan adik sendiri. Macam petir! Tak boleh tanya sikit. Tak boleh mintak tolong sikit. Kalau dengan gf/bf, kena cubit sampai tercabut daging pun boleh senyum kaaaaaaaan. EEEEEE geram!

Oklah. Dah sakit hati sangat ni. BYE :/

bencibencibenci

Thursday, August 19, 2010

Update Update

Busy bekerja mencari rezeki anak anak nak nak lagi dah nak menyambut hari raya ni lagi melecet ketiak I bertungkus lumus mencari nafkah. Hehe practice dialog untuk 10 tahun akan datang la. Apa la Uols kerut kerut ^-^

Oh.Since mummy I operate mata. I la tukang masak dalam rumah ni. Haih, penat juga memasak kan hari-harikan.Ni, satu badan dah bau bawang . Auw OH-TUHAN-SAYA (o.m.g) apa tu (tengok muka dekat cermin) makhluk apa tu?

OH ITU I, I DAH MACAM AMAH IMPORT DARI SURABAYA. DAH NAK PERGI MANDI DAN PAKAI TOPENG :)

Taaa Uols be right back ini malam ya! Bila I free, I update ok?

Selamat berbuka! :) muahsmuahs

Thursday, August 12, 2010

Jom makan makan

Ya ya. I jadi macam terikut-ikut buat post ni sebab semua pun blog I tengok mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. Hehe. 1st day I masih steady saja sebab I dah cukup practice! I sudah buat pra-bulan puasa selama seminggu lebih (ganti puasa) so jejak bulan ramadhan I dah cukup macho tak macam orang lain. Macho. Steady. Kuat. Bertenaga!

Pagi pagi bangun sahur memang I senang bangun. Panggil nama saja I dah terjaga. Tak ada bangun sedar BUMM tidur balik. Bukan ya :) Taaapi. Yela budak budak zaman sekarang memang dah gila sikit. Bangun tidur, capai camera. Nah, snap satu picca. Ouh bukan, banyakkk kali snap. Almaklum, semua ada facebook , macbook , schoolbook bagai.Nak upload gambar baru bangun tidur nak buktikan yang naturale beauty lepas bangun tidur. Selepas itu baru basuh muka pergi sahur. Oh I tak basuh muka pergi sahur. Terus pergi dapur. Mata kenyit sebelah sebab tak tahan cahaya lampu. Tehee :P



Ni la muka I bangun tidur. Duh. Keciwa muka tuan puan sekalian nampak. Cecit hati ite :/


Ha, setiap kali I masak and try to snap picca. Haih, memang tak sempat Uols. Terus PUFFFFF hilang. Harini I cuba untuk hidang terussssssssssssss snap! OK?

Lepas berbuka, apa lagi terawih la kan? Ya, semua umat islam digalakkan mengerjakan solat terawih pada bulan ramadhan ni. Banyak fadhilatnya mengerjakan solat terawih ni.Ini la istimewanya bulan ramadhan, malam malam ada solat terawih.Usually, lepas berbuka, laju laju siap pakai telekung, terus pergi masjid. Pergi pergi masjid, kalau lambat memang penuh la parking. Sebab apa? Satu, dah satu rumah sampai 3 biji kereta pergi sekali gus. Seorang nak cepat, seorang nak terberak, seorang perut dah ketat lambat nak bangun :P Haa ya ya. I mengaku. Family I pun pergi 2 kereta sebab parents I nak buat sampai habis. Yang muda muda ni. Hehe macam biasa. 8rakaat sahaja dah cabut!-.-' Dua, awal-awal ramadhan memang macamtu. Penuh parking. Dah penghujung? Teka sendiri la ya :)


:) omel tak omel tak?


Oh ya, ramai yang tanya pasal si cantik sebelah I ni. Nama dia Manja( bukan nama tipu, memang nama sebenar ). Dia seorang amah. Opps. Dia cousin I-lah. Dia baik. Pandai cakap cina. Tak suka mandi. On9 24jam sehari. Hari hari tolong I masak, vacuum rumah. Memang macam amah kan? joke joke :P Thank You ngah ^-^. I wuff You! :)

Ok lah. Typing ni dah buat I semakin lapar la. Banyak membakar lemak dibahagian jari. Iaan jari I nanti kuwus >.< Ha one more thing, bulan puasa ni office I balik pukul 4 petang! Yeehoo! Nak korek hidung sambil minum dalam kereta!! oopsss.Dengan ini I hidangkan Uols dengan biskut Ikea. Tak boleh makan. Tengok je. Ep Ep kenapa ada yang jilat screen. Batal puasa batal.



Ok. Fullstop. Laparrrrr!! Gruk gruk ok bye! :(


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN UOLS! ^---^

Friday, August 06, 2010

Brainless brain

Beberapa hari lepas I terbaca blog AnisIzaty and I found out dia pun sama terbaca one of her friend's blog and walla, idea they'ols sangat awesome! Ok dear AnisIzaty, if u terbaca this post , I pun nak jawab some of the questions with my own opinion :)

Let's Check It Out! :D


1)Kenapa perempuan cun bersepah-sepah kat negara ni tapi nak jumpa lelaki yang handsome and stunning adalah sangat rare?

Ye ke? I rasa balance je! Maybe kita selalu jumpa perempuan cun dekat Facebook kot.Upload gambar terbaik dari 1000 keping! Lelaki susah sikit nak snap picture banyak-banyak. Asalkan boleh je. Cool what. Dari lelaki yang upload picture muka dah macam Adam Lambert lagilah rasa macam nak pingsan. Yang I dapat lihatla, sekarang perempuan cantik dah tak fall for hot+handsome guy dah. Keke. If Uols jalan-jalan Im sure Uols akan jumpa perempuan cantik with lelaki tak handsome atau lelaki handsome with perempuan tak cantik. Oh sumpah betul la apa tipu pula! ^-^

2)Kenapa bila orang dewasa cakap dengan kanak-kanak, diorang pun nak ikut pelat budak tu?

BAHAHA. Ini mesti kes masa baby-baby tak puas/sangap tak dapat cakap pelat sebab mak bapak orang dulu-dulu suka tampo kan mulut anak they'ols yang suka cakap pelat. And I pun setuju, diorang ni mesti annoyed bila baby diorang cakap pelat then dia nak biar baby tu rasa annoyed balik (macam dia rasa), so dia cakap la pelat balik dengan baby tu dengan harapan baby tu takkan cakap pelat lagi bila tau betapa pelik dengar bahasa pelat ( padahal dia( orang besar) yang nampak bodoh/hudoh, sebab baby comel je eventho pelat! HAHA)

3)Kenapa kulit yang putih dikaitkan dengan kecantikan wanita? Kalau kulit colour lain tak cun ke?

I rasa orang Malaysia ni dia nak cari kelainan dari yang kehidupan biasa. Yelah, mak-bapak-adik-abang-ipar-duai semua dah “malam” dia nak la rasa macho dapat pancing satu amoi kan bawak balik kampung. Semua nya "malam-malam" awek dia seorang "siang". Focus point gitu. Auuww jaguh kampung betul lah abang ni! >.<

OK SERIOUS SERIOUS, dari sini saja kita dah dapat baca yang pemikiran orang Malaysia ni belum CIVILIZED. Negara lain yang dah civilized mana ada macam tu lagi. Naomi Campbell pun boleh jadi super-model. Kalau kat Malaysia? HARAM jadah kena bann. Yang "bau-garlic" juga kau pilihkan? Eh geleng pulak? Elelele >:)

Pandangan AnisIzaty dan her frend, perempuan dalam Avatar pun nampak cun eh eventho warna biru? HAHA betul betul betul! :)))


4)Kenapa bila hari nak hujan, semua kenderaan atas jalan jadi laju? Kalau motor tu logik la sebab penunggangnya takut basah. Tapi kenapa yang bawak kereta pun laju ek?

ALA. Diorang dah penat tukar enjin EVO, Skyline konon-konon sekali tengok apek bawa motor kapcai lagi laju. Ohoi bakar line namanya. Or maybe dia semalam dia terjumpa pakcik tu angkut awek dia naik kapcai sedangkan dia dah habis riban-riban nak show off kat awek dia tapi malang tak dilayan. Ha tu la dia pergi kejar pakcik tu dapat splash air sekali pun jadi lah! Nak gaduh takut pula tapi depan awek mengaku 3 line Abang long Abang ngah Abang cik.Ehak!

Mak I selalu cakap kereta yang laju gila-gila tu maybe berak dia dah dihujung bonbon. Maafkan la dia. Hujan kan sejuk cepat rasa nak berak! nguiks :O

5)Kenapa harga tudung lebih mahal dari harga baju yang tak cukup kain?

Haih. Manada. Ada je tudung yang murah dah berkualiti. Ni semua nak beli ARIANI memang koyak poket la. Mak I beli dekat Ariani RM100+ sedangkan sekarang tudung tu lagi cepat rosak dari tudung pasar malam. Penjual tudung pun dah pandai tipu ea. Ei no good no good! -.- Astaga. Sebenarnya terpulangla masing-masing juga sekarang online pun murah apaaa. Isk. Soalan ni saja bikin kontroversi tau! Tanak jawab la macamni >.<

6)Macam mana kaum perempuan yang tinggal dihutan pakai pad time diorang period?

Heii benda ni dah lama kot I fikirkan. Uols pernah? Bayangkan, diorang korek lubang ke pastu duduk je selama seminggu(tempoh haid) tanpa pergi mana-mana? Discovery Channel pun tak pernah reveal macam manakan? Diorang dah la tak pakai baju. Agak-agak pakai daun kot pastu sapu kat batu! euw tehee :P

Orang yang tinggal di rumah panjang pun jadi pertanyaan yang agak mengganggu minda I juga. Macam mana diorang nak ehem uhuk uhuk( kawan I ni yang ajar cakap uhuk uhuk) dengan bini diorang dalam ribu-ribu orang duduk dalam rumah tu sedangkan just ada limited bedroom? I tengok bukan main beratur la anak-anak diorang. Take turn apa? keke :P auwww.

7)Kenapa toaster boleh setting sampai level 5 sedangkan level 3 pun roti dah hangus?

THATS WHYYYYYYYYYYY! Maybe ,ala 3 level macam tak cukup power. Ada 5 baru power! Sedangkan kipas dekat rumah ada 5 level. Tu yang dia nak juga buat 5 level. Mungkin inventor toaster dengan kipas tu adalah orang yang sama. Terbiasa buat apa apa mesti ada 5 level. keke! Level 5 mungkin diperlukan untuk menjimatkan masa pembakaran sebab 2 saat level 5 yang sama hasilnya dengan level 3 untuk 1 minit. Possible? yes no?


8)Kenapa kita tak pernah tengok orang psikik menang loteri? Kenapa takde sorang pun bomoh ilmu hitam kat dunia ni sihirkan Bush?

I setuju dengan AnisIzaty! Maybe sebab tokey kedai psikik tu sendiri psikik so dia dapat tauu kalau kalau ada orang psikik lain berniat jahat! HAHA!

Satu,sebab BUSH adalah ketua ilmu hitam/bomoh sedunia! Dua, dia sebenarnya diam diam berpangkat sebagai Tok/ Tok guru! Haha. Manala yang lain berani nak bomohkan.

Wednesday, August 04, 2010

Chocolate Biskut Chocolate

Selalu pagi pagi I datang office memang lambat. Office starts at 8.30 a.m tapi I dekatrumah masih relax mengoreng cempedak dan membancuh air teh susu untuk sarapan keluarga. Hehe bukan nak ambil kesempatan-lah. Biasa la orang muda bangun pun tak berapa nak awal. Nak keringkan rambut lagi. Nak conteng + pasang topeng dekat muka ni lagi. Nak pilih baju je dah ambil masa. Hihi.

Eleh ramainya menggeleng -.-' Uols tu bangun pukul berapa pula? Heee cakap orang je. Hee Tak Mayuuuuuu. Bangun mak kejut lagi ea ea ea :D

Yela yela yela. Dah kahwin nanti I dah berjanji dah nak berubah. Bangun pukul 3 pagi. Masak nasi lemak. Berniaga lebam lebam. Habis menjual. Siap siap kan anak-anak (cewah) Tangkas,laju,cepat bersiap untuk ke office! Fuh. Alangkah mantapnya plan!

Okay. Sebenarnya setiap pagi. I akan laju-laju pergi office sebab I suuuuuuka nasi lemak jual dekat luar office I ni. Fuhhhhh *.* Sedap! Maafkan I. Orang gemuk memang macam ni. Attracted dengan food! Tapikan, I tak tahu la mana datang untung dekat makcik ni sebab dia jual sangat murah. RM 1. sumpah! O.O

(esok I post gambar)

Maybe makcik ni bela ikan bilis sendiri
Maybe makcik ni ada ladang kelapa sendiri
Maybe makcik ni ada ladang timun sendiri
Maybe makcik ni ada ladang cili sendiri
Mana laaaah kita tahu :P
Makcik ni ada cita cita macam I. Eventho nanti sudah kaya, tapi masih suka-suka nak berniaga. Ahaks ^-^. Ehem besar cita cita je ni

Ha bila tengahari I selalunya suka makan benda-benda yang merepek. Dulu masa I sekolah dekat Johor I ada belajar satu perkataan. JAJAN. Hihi! Tahu ke? Tahu ke?

Jajan adalah makanan ringan yang selalu mak mak Uols tak kasi beli masa bershoppink barangan dapur di Mydin, Giant, Tesco, Jusco, Kedai Bodoh (ni ada nama kedai dekat rumah I), Family Store dan lain lain!

Encik Baba dan Mak cik Timah tak pernah merungut/membebel atas tindakan I dan siblings untuk makan Jajan. Pagi lepas subuh nak minum air coke, makan ice-cream. Memang slumber tak ada hal. Lagi worse, kadang-kadang diorang sendiri yang belikan berlori-lori untuk we all. Tak sihat? Tak bagus untuk otak? Senang bodoh? Entahla. Mak cik Timah kata "ayah kau dulu makan maggi je hari-hari jadi juga doktor. Kalau kau tak belajar je boleh jadi bodoh!". U rock la Mak cik Timah. Sayang you lebih!

Hehe senangkan? senangkan?





Taraaaaaaaaaa ^-^
Ini la biskut yang I suka makan dekat office :)
(rujuk gambar 2 dan 3) I sedih bila nak makan Teddy yang dah cacat anggota. sayang kan nak gigit kaki dia? tsk
I bet ramai lagi yang kat luar sana pun sama macam I kan kan?

Tuesday, August 03, 2010

My addiction-Fashion

"Fashion is not something that exists in dresses only. Fashion is in the sky, in the street, fashion has to do with ideas, the way we live, what is happening"
- COCO CHANEL










Well Styled. I Love.

Whats inside Haha's handbag?


Hello ^---^


So for today, I share sikit all inside Haha's handbag :P Hihi if Uols nak tahu, im the type yang tak suka bawa banyak stuffs dalam handbag. Tak suka berat. Kalau nak ikutkan sepatutnya dalam handbag perempuan normal, biasanya ada macam-macam. Kalau boleh semua yang ada dalam bilik nak bawa kan :P I kan macho tak boleh bawa macam-macam. Tergugat ke-macho-an I Uols. Sentap! Tapi bila hujannnnnn, I la orang yang terhegeh-hegeh tumpang payung kawan-kawan -.-' Terima kasih daun keladi, nextime boleh I tumpang lagi :)



Ini bag yang I guna for today :)


Hehe tak sangka ada benda ni dalam beg I. Kertas hasil testing perfume dekat mall :P



Satu set kunci kereta and kunci rumah.



Handphone pun 1. Tak ada 2, 3 macam orang lain :P Haa boleh nampak muka Mr. Ailysm la auuwww ^-^


1 vial Miracle Lancome(usually bawa satu botol besar, today tak bawa :P ), 1Lipstick, 1 Gloss :)



Behind ada my phone USB & earphone and ya ada bawa spare earings :)



Lastly hihi My baby-purse-busyuk :P

SIMPLE KAN SIMPLE KAN xoxo


Ps: Cik Ana, I tagg U >:) Oh ya, jangan tanya I mana my compact powder. I jenis seldomly touch up bila dah keluar :)

Monday, August 02, 2010

Jeans oh Jeans

Hello Barbie-dolls ^-^
Memandangkan Hari Raya pun bakal menjelang, ewah :)
Ya, I know, puasa pun belum lagi! Tapi I excited sangat la Uolssss!


Ok girls, FYI, im in the mood cari a new pair of perfect jeans. Susah betul nak cari jeans rupanya kan. Kawan-kawan I semua dah naik muak dengar I bebel-bebel everytime I menghadapi kesukaran mencari jeans. Yaaaaaaaa, so~ for today I nak share sikit tips memilih jeans dengan all my barbie-dolls yang miliki cutting macam I! Macam mana nak tau ada cutting macam I ke tak?

1) I berpunggung leper
2) Tapi lebar -.-'
3) Peha drumstick Ayamas
4) Bahagian bawah peha dipanggil apa eh? Haaa, bahagian kaki itu saya kecil.
5) Kepanjangan seluar saya 31 ( Ini levis punya ukuran :P)

Ya la, mana tahu dah save-save banyak duit, tapi beli jeans mahal-mahal tak nampak cantik pula! Yes, I pun dulu selalu kena. MENYESAL SANGAT. I orang miskin~ then kena tipu pula grrrr >,<

Who can wear bootcut/flare cutting jeans?




Oh this type is soooo for me and orang-orang yang macam I :) Kembang dibawah boleh menhasilkan effect macam menyeimbangi bahagian besar diatas dengan dibawah :)
So, peha ayamas tu boleh la disorokkan :)

Who can wear straight cutting jeans?




Ok, pada opinion I, straight cut akan nampak alil bit boyish and more relax look la. ALL bodytype, I repeat, ALL bodytype boleh guna this type of cutting. Sesiapa beli surely takkan menyesal sebab memang sesuai dengan all body type. It's really built for ease and comfort ^-^

Who can wear Skinny cutting jeans?




Memandangkan orang sekarang suka ikut trend. Ya this cutting sgt in-trend. TAPI, watch out, tak semua orang sesuai. Skinny boleh menyebabkan orang yang berbadan berisi dan berpeha ayamas kelihatan lebih gemuk dan seperti sesak pernafasan ye. Sempit semacam kan. Yang ukuran badan yang rendang-rendang + berisi elak la pakai skinny. If nak pakai sangat. Purlishhhh, pakai high-heels! Ini boleh mengelakkan Uols nampak pendek dan ehem faham-faham ya?

Who can wear High-Waisted cutting jeans?


Orang ramai panggil this type, as Mama-jeans.Yang BonBon mantap-mantap ha minta maaf anda memang bukan calon sesuai untuk kategori ini. Yang halus malus je boleh. Sebab akan memberi effect lebar ya. Yes, for me, Kim Kardashian didalam picture diatas just ok-ok la! hehe :P

Ok, Colour?


Mahu effect kurus harusla pilih warna-warna gelap. Kalau yang kurus mereka memang tak ada masalah ya. Boleh pilih apa warna pun :) Tapi BLUE memang warna classic jeans la. Lagi faded lagi cun ^-^

Size Miss Bon-Bon?

PUNGGUNG..

I tak biasa la sebut punggung-punggung ni. Kita sebut..er..apa eh..mangkuk? Opss geli-geli. Jamban? euwwwwww, rasa nak tampar-tampar orang! Ok, senang, bon-bon atau bahasa lucah/kasar/slumber Encik Bontot Comel! ^-^V

If leper macam Iols, kenala bersusah payah cari yang low-waist punya. Ini akan elak kejadian lebihan ruangan udara di Miss BonBon. Bila ketat, nampak sikit la Miss BonBon Uols tu macam sihat! keke :P

Jika berisi, Ya Allah, Maafkan la I Uols, I terpaksa nak membuat teguran. Low-waist bukan tujuan untuk me'nyeparuh'kan size asal Miss BonBon ya? Janganla sampai tunduk/duduk sikit dah nampak "lubang tabung rm0.50"/ credit card dibelakang! bluek.

OK selamat mencuba :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...