Friday, August 20, 2010

Tabiat Orang Malaysia

Rata-rata orang Malaysia ni kadang-kadang I tengok pun naik pelik. Sebab perangai-perangai dan analisa-analisa yang diorang buat ni, menjadikan I naik keliru, pening, rasa nak buka puasa dan makan tapai banyak-banyak. Erk?

Antaranya

1)Orang yang single malu nak mengaku single dan rasa rendah diri dengan kawan-kawan?
Uols jangan nak geleng geleng kepal. Ha ya, I tau orang akan cakap "Alah ada bf senang la cakap" BUKAN ITU! Seriously, Uols tau tak, ada bf/gf pun bukannya cool sangat and bagi I, Uols should be proud and bukan rendah diri. Buka minda. Single bukan bermakna tak laku. Belum jumpa jodoh terbaik saja. Senangkan? Ala pedulikan kawan-kawan yang tease Uols. Setakat bf/gf dia jumpa tepi bus stop, stock asal boleh. SESIAPA PUN BOLEH DAPAT. Kita mahu yang berkualiti ya.

2)Malu makan seorang diri, sure orang chop anti-sosial dan loser?
Hello hello hello. Bagi I orang yang seorang seorang lagi HOT. Nampak sangat independent. Tak rasa macamtu? Dari berlapar, sebab malu beli makanan sendiri. Tunggu nak gah tunjuk ramai kawan baru ada guts? Please, itu lagila sangat loser!

3)Kenapa baru tengok bawa motor dah judge orang tu miskin?
Perempuan la paling paling. Lelaki kalau handsome macam mana pun, kalau bawa motor. Ha memang bye bye. TAPI KENAPA? HINA SANGAT KE? Jangan terkejut la, kalau dia saja nak low profile dekat rumah ferrari 3 biji duduk rest dekat garage. Nanti jangan baru nak hegeh-hegeh. Sebenarnya, kadang-kadang kereta je besar, poket pun naik kering isi minyak!

4)Perempuan cantik lelaki tak handsome? Lelaki handsome perempuan tak cantik?
HOH ini masalah no.1! Kenapa la pelik sangat ke? Kalau yang dah yang hodoh saja perangai cantik kan ^-^. Muka cantik, perangai hodoh tak guna juga.

5)Kahwin muda sure dah jadi apa-apa tak elok? Mengandung la tu?
Pelik betul lah. Orang tua-tua cukup suka buat andaian yang macam ini. Orang zaman sekarang kahwin muda nak elak maksiat. Later dah buang bayi, yang tua tua juga bising bising cakap anak muda sekarang dah tak tahu malu. Keluar news tak henti-henti. Dah mintak kahwin tak dapat dapat siapa juga yang salah? :P

6)Menilai orang dari segi pemakaian?
Asal tak pakai tudung. BITCH. TAK SEMBAHYANG. JAHIL. Jangan macam itu lah. Jangan disangka bertudung saja pasti baik akhlaknya. Kalau betul baik, kenapa ada lagu "Minah Tudung Zaman Sekarang" Mungkin yang tak pakai tudung ni, bila dah pakai, lebih baik dari tak disangka-sangka. Macam mualaf, bila dah masuk islam dia lagi taat dari orang yang dilahirkan Islam. Insyaallah, bagi peluang, galakkan mereka. Oneday, Insyallah.

7)Perempuan suka pinggirkan perampuan yang lebih cantik dari diri mereka. Kenapa?
I rasa lelaki tak pernah macam ini. Haih, I nak pening fikirkan masalah ni. Hal ni jadi sendiri di depan mata I. I ada seorang cuxen yang cantik. Everytime I jalan-jalan with her, seriously mana-mana sales girls sukaaaaaaa gila jawab langsi-langsi dengan her and suka pandang atas bawah. Kalau lelaki yang tanya, bukan main manis. Grrrrr

8)Mak bapak hanya pandang yang engineer, doctor, accountant, architect?
HAHA. Jangan kata mak-bapak Uols saja. Parents I pun 2x5=10. Haih. Tolongla tukar perception tu. Please la . Please la. Please la. Kalau title anak Tan Sri semua orang nak kawan kannnn. Darjat ni semua tak kemana. Kita semua sama. Seriously sama.

9) Fenomena terbaru, semua nak jadi Model? Artis?
BEST SANGAT KEEEEEEEEEEE. Durh -.-

10) Bila bercinta, kenapa lelaki saja yang kena keluar duit?
Memang la, agama ada cakap, segala tanggungjawab lelaki yang akan pikul. TAPI ITU BILA DAH JADI SUAMI ISTERI. Uols ingat lelaki tak jamm ke kepala nak fikirkan bila keluar ngan Uols semua dia nak kena bayar? Yang perempuan pun, haduh, pleasela reti reti sikit fikir.

11) Dengan gf/bf cakap pijak semut pun tak mati.Tengoklah bila dah kahwin nanti?
Ini sangat betul. Tunjukkan la diri natural Uols. Jangan selindung sangat. Jangan tengok sikit punya girlish/macho-man. Dekat rumah kalah singa. Yang perempuan suara garau kalau tak tengok muka sure ingat lelaki.Cakap dengan adik sendiri. Macam petir! Tak boleh tanya sikit. Tak boleh mintak tolong sikit. Kalau dengan gf/bf, kena cubit sampai tercabut daging pun boleh senyum kaaaaaaaan. EEEEEE geram!

Oklah. Dah sakit hati sangat ni. BYE :/

bencibencibenci

8 comments:

  1. Awak, titew admire kat awak.

    ReplyDelete
  2. huh x taw nape, tp ak nk setuju gak ngan ko!!

    ReplyDelete
  3. takyah benci2, nnt masuk dalam list nombor 13 plak :D

    ReplyDelete
  4. adios: yey! gimme 10!
    anonymous : hehe yee benci sikit saja :)
    zetty: auwwwwwwww love u! ame ame ite :)

    ReplyDelete
  5. aku sokong num 2 3 6 8 & 10! eheheh! (2)aku anti sosial sbb tu mkn sorang2 :D (3) bf aku bawak kapcai time blaja dulu tp skang upgrade naik kete volkswagen yg antik tp aku tak suka sbb pompuan dekat BB selalu nk tompang kete dia. stress (6) ala. pompuan yang pakai tudung pon ada jugak yang ada porn video sndiri. depends on hati org tu jgk. :D (8)mak aku pon sama. + nak org ada degree.hish (10) tokey balak pon bankrupt kalau dpt awek mcm ni. tong2 laaa. hehehe

    pangjang nye comment aku :P
    -fai-

    ReplyDelete
  6. 2) HOT bukan anti-social! :D

    yang lainn auwwwwwwww very the sama :D
    love u fai. and ya, miss u :/

    ReplyDelete
  7. yang last skali tu... kalo tunjuk diri sebenar dari awal... orang susah nak berkenan. sebab tu laa diorang kasi wayang dulu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...