Sunday, November 14, 2010

My Baby Got A New Heart :')

Al-kisahnya baby-vi I jatuh sakit. Baby-vi terbatuk-batuk since minggu lepas. Kesian I tengok Baby-vi batuk teruk. I dah pelik sangat Baby-vi caket apa actually. Everytime I nak memulakan hari-hari I, mesti I mulakan bermesra-mesra dengan Baby-vi dahulu.

Biar Baby-vi warm-up , mandi kan Baby-vi sikit ke, yang hari-hari I tak pernah miss and I suka buat dengan Baby-vi ialah make-up session sambil tunggu Baby-vi warm-up! Baby-vi tak pernah buat hal. Baby-vi good boy. I sayang sangat dengan Baby-vi.

Tapi I dapat tahu Baby-vi caket teruk since Baby-vi try to help Genny. Genny caket jantung. Kesian Genny sampai dah tak boleh jalan itu hari. Baby-vi cuba bagi power dekat Genny. But sad, Genny is too sick at that time. Genny kena dapatkan a new heart. Uncle sebelah rumah Mr.Ailysm dah sahkan Baby-vi pun mengalami penyakit yang sama macam Genny.

Sedih I dapat tahu Baby-vi caket macam Genny. Berpeluh-peluh I dengan Mr. Ailysm nak selamatkan Genny. Tapi akhirnya terpaksa telefon doctor untuk bawakan jantung baru untuk Genny. Sedih I tengok Mr. Ailysm. I faham perasaan Mr. Ailysm bila dapat tahu Genny caket jantung. Mr. Ailysm baru je belikan kasut baru untuk Genny. Kaki Genny besar.Itulah Genny gemuk sangat. Eventho gemuk, Mr Ailysm suka manjakan Genny lebih dari manjakan I :(. Bagi kasut mahal-mahal. Tapi tak apa lah Genny, awak dah dapat jantung baru pun. Asalkan awak cihat macam biace ! :')

Tapi apa nasib Baby-vi I?

Hari-hari seterusnya batuk Baby-vi makin teruk. Ada satu hari tu. Baby-vi tersedak sampai pengsan. Naik risau juga I jadinya! Tapi I tau Baby-vi bersemangat kuat! Luckily, Baby-vi masih larat untuk jalan.

Tapi......harini Baby-vi tak dapat diselamatkan.Jantung Baby-vi betul betul dah lemah. Memang betul-betul tak bermaya. Soft je suara Baby-vi merengek. :'(( Penat jalan eh Baby-vi? I suruh Baby-vi climb tinggi sangat Jusco-Aeon baru tu! Ish jahat la I ni! :( tsk

Nasib ayah I baik susah-susah datang dengan mummy bawak jantung baru untuk Baby-vi! Hooray!! ^----^ Baby-vi dah sihat!! Tq to mummy and abah! :)



Genny Gemok(MBM690) and Baby-vi Handsome (MBJ777) ^.^


P/S:Peringatan-peringatan kepada Uols yang memandu kereta!
Ada tanya tak bapak Uols bila last sekali change batery kereta?
Hayat untuk batery kereta approximately 1 or 2 years je tau! Check Check Check!! Jangan tak boleh start macam I pulak! Kehkehkeh! Parah!

Monday, November 08, 2010

Shopping vs Woman?

Malas nak terangkan banyak banyak. Yea, i know guys. Ni memang kelemahan/ketidak-kuatan/kelembikan/kesotongan perempuan! T.T Benci benci benci benciiiiiiiiiiii. Nak buat kempen anti-shoppinglah minggu depan. Kenapa-lah wujudnya benda alah 'shopping' ni? Pleasela.Beritahu I please yang actually tak wujud aktiviti yang dipanggil 'shopping' ni mengarut ngarut ni.

Hehe. Poyo.


Penatla I pujuk pujuk diri I supayah eh cilap supaya tak nak terlibat dengan aktiviti kurang sihat untuk purse dan jumlah angka/digit didalam akaun bank. Everytime cucuk bank, keluar resit,

T.T tsk! Hanya muka toya yang mampu makcik pamerkan. Makcik memang tak ada muka lain. Muka toya yang paling banyak.

Nak nyanyi lagu Pohon Beringin lah macam ni! huh!

AKU NAK KAHWIN ANAK RAJA OMAKKKKKK.
TOLONGLAH KAYO KAN DEN OMAK OIIII
.

heh!Jahat Ok Uols bayangkan I punya voice macam bawang merah! t-.-'t

Nah ini la hasilnya keshoppingan nya :S




OWG JANJIK TAK SHOPPING LAGI :"(


Walaupun makcik dah di isyhtihar papa kedana, eh cilap papa untuk lelaki! mama kedana lah!

Tapi makcik baik, makcik cubo-cubo sonyum gak walaupun tak berapo nak sonyum poket makcik ni ha :P



DAH NAK PERGI NANGIS :'(
SOBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBS!
MAMYYYYYYY!!!
KAHWINKAN DEN DONGAN ANAK RAJO! :(

Saturday, November 06, 2010

Mengapa Perempuan Tidak Setia?

Hm ada apa dengan kesetiaan?

Banyak bloggers diluar sana terdiri daripada kaum wanita and I dapat perhatikan banyak blog yang dihasilkan memang menjadi tempat meluahkan perasaan. But pernahkah Uols fikirkan mengapa, kenapa dan bagaimana kepincangan soal hati ni terjadi? Cewah, bukan I nak kupas berdasarkan pengalaman ya, tidak sekali. Maybe topic for today TERLALU banyak terjadi kepada teman-teman rapat dan orang sekeliling I dan hasil daripada rumusan-rumusan yang dapat I hasilkan from reading those blogs.

Menarik dan macam-macam jenis masalah but I sedih bila baca. Sebab I perempuan. I faham apa yang mereka rasa.This time around, I tanak bincang kesetiaan tentang lelaki yang kaki perempuan. Tapi lelaki yang tak main perempuan, tapi masih boleh menyebabkan hubungan retak.

1) Lelaki terlalu selesa.
Bila nak dapatkan sahaja bertungkus lumus. Bila dah dapat. Duurh BORING~. Telefon pun nak tanak je cakap. Balik-balik tanya,

BF: Awak buat apa?
GF: Tade apa. Tgk Tv.
BF: Dah maknj (salah eja sebab tgh main game. Tak fokus)
GF: Oh dah makan dah (malas nak buat buat tanya sbb dah cukup faham)
Bf: Awak buat apa? (dia tanya lagiiiiii!!)
GF: hmpppppppph

# Perempuan bila once dah suka. Mereka suka dimanja sentiasa. Bukan pada bulan pertama sahaja. Take note please guys. Put some efforts la. Eventho Uols blurrr. before text tu fikirla betul2 nak tulis apa. Rekalah soalan-soalan yang logik-logik.

2) Tidak peka dengan perangai gf masing-masing.
Eventho dah kenal 56 tahun.. Tapi masih tak tahu apa Gf suka? Apa kepantangan Gf? Apa warna kegemaran? Alah macam-macamlah. Kalau nak listkan memang tak habis-habis.

# Dah tau Gf awak tak suka awak ponteng kelas. Janganla buat. Kalau Gf tau Bf suka makan Udang. Hari-hari kalau boleh dia nak bawak udang bagi Bf makan. Kaum2 Gf ni memang suka buat benda-benda yang mampu menarik perhatian Kaum Bf. Ye tak? Pantang la dengar BF demam. Zassssss dah sampai bawak ubat. Kalau Bf?

Gf: Awak saya demam.
Bf: Pergila makan ubat.
GF: Tak larat lah.
BF: Rest2.

ITU JE???????? Cuba tukar ini macam.

GF: Awak saya demam.
BF: Ish. Demam? Awak ok? Ada ubat tak? Nak saya bawa pergi klinik?
GF: Hm..Tak payah susah-susah wak. Saya Ok (perempuan biasak la bro. Kaki pancing. Padahal memang terlepek kat rumah)
BF: Tape wak. Lagi 5 minit saya datang. Teruk nanti lagi susah. Sabar ye wak.

SUSAH? SENANG je kan :). 2 sen juga sms tu. Tapi impak nya sangat besar.

3)Bila perempuan rasa ada lelaki lain mampu menjaga lebih baik dari Bf.
Ini memang banyak sangat jadi. Jangan biarkan Gf uols sampai rasa mcmnilah. Masih belum berkahwin mereka bebas nak buat keputusan. If Uols betul-betul nak. Jaga kasi betullah.Ni nak perempuan cantik-cantik, uols makin lama makin selekeh. Dah tak hensem, garang plak tu. Dah la layan nak tanak. Tapi nak yang perempuan baik-baik. Rasa rasa nya seimbang ke macam tu? NO NO NO NO ish. GF cantik, BF kena la hensem-hensem ( ish, tayah la operate muka bagai. Kemas-kemas sudah). Gf pandai, Bf kena la sama naik pandai. Uols nak jadi pelindung mereka kot suatu hari nanti. Setuju?

4) Tiada education background yang terjamin.
Tahukah Uols ayat ayat mak bapak "Kau nak bagi anak aku makan pasir ke?"
Ya, kalau fikir-fikir balik. Memang betul. Lelaki tak suka fikir panjang. Belajar baru susah sikit dah give up. Kawan dengan orang tak betul, dah hanyut. tak fikir panjang betapa pentingnya level of education tu. Betul kata mak bapak. Sekarang kita tak rasa. Tapi life is ALL ABOUT MONEY. Mana nak dpt wang? From education yang kita ada!

Ya ya sabar. Ada yang cakap. Alah Pak Ali sebelah rumah tu kaya raya. SPM je.

ITU LUCK DIA. KAMU ADA LUCK? CONFIRM?
tak confirm kan. So back up la dulu dengan education ya abang abang. Awak nak pinang anak orang. Takut orang nak bagi anak dia kat awak. Dia sikit punya tatang anak dia. Habis awak nanti nak sepok anak dia suruh duduk dalam rumah je? Tak bagi apa-apa. Yang awak tau suruh dia jadi kilang buat anak. Ish ish ish FIKIR LA Waras waras.

5)BF kawan lebih bagus.
Bukan nak compare. Bukan tak bersyukur. Tapi ya, lumrah alam. semua orang nak yang terbaik untuk diri sendiri.Tapi jadi sedih dan mencemburui kenapa nasib perempuan lain lebih bagus. Adakah diri sendiri salah pilih? Uish takut dengan masa depan yang gelap. Before dah nikah, baik angkat kaki dulu. Selamat dunia akhirat. Ramai lelaki yang lebih baik dalam dunia ni. Sebelum terlambat.....thats why kenapa perempuan kadang2 bertukar arah.

I nak bagi 5 dulu. I rasa ramai lelaki yang tertanya-tanya. "Eh aku baik apa..tapi kenapa dia lari tinggalkan aku"
I dah sediakan jawapannya. Logic tak Logic terletak pada pandangan masing masing. Tapi, 5 sebab ini..mungkin dapat merubah sebahagian yang dah hampir retak. Fikir-fikirkan... :) Feel free to drop some comments. Jangan bomb page ni sudahhhhhhhh ^^

Tuesday, November 02, 2010

25 Random Things About Anis Haha

Yes. Something that could bring all of you closer in knowing me :)

Here I wrote down 25 BASIC-must-know things about me. Ha ambil pen and kertas cepat :P



1) I tak suka membuat keputusan untuk acara berkelompok. Ex: Decide dimana nak makan?

2) Hanya study disaat akhir. Setiap kali tak habis belajar sure a thing akan cakap " If I belajar awal-awal sure I score". Tapi tak pernah insaf -.-'

3) Fast-learner. Cepat catch-up. Dannnnnn cepat lupa juga ye!

4) Memang Si-Mak-Pelupa mana letak kunci rumah dan kunci kereta!

5) Makan tomato sos bila makan Mc'd. Lidah minah salleh Uolsss! Keke

6) Orang kata I kelakar. Tapi selalu rasa confuse dengan kenyataan itu. Biar betul?

7) Mempunyai tabiat malas mandi. TETAPI ini adalah sebab kilang peluh I tidak beroperasi dengan active. Ia bersifat sungguh pasif. Malas memproses senang cerita. huh!

8) Boleh tak kalau I nak mengaku I pandai memasak?

9) Takut tengok movie hantu. Kalau ada abang badan katang bawak. Baru I rela! auwww boleh tumbukkan hantu untuk I. Hee

10) Rambut I tak cantik. Kulit I tak putih. Bontot I leper. Tetek I standard. Perut I suka vibrate. Kepala lutut I kecik. Badan I nipis tapi lebar. Leher I jinjang. Jari I tak runcing. Hidung can go. Telinga I sedikit astro. Ok ada bukti bontot leper. Jangan gelak :|


OMG buruknya :( tsk



11) Tahu tak I cepat muak makan chocolate?

12) Idamkan lelaki yang romantic sebenarnya. Eh kenapa ada perkataan sebenarnya ea? Haha

13) Jarang hafal lagu dari awal sampai akhir. Sindrom ke-susah-an menghafal lirik. Tang chorus je bukan main ha kuat nyanyi ^-^

14) Masih hebat memandu manual! :B

15) Boleh tidur dimana-mana,panas, bising, tak tutup lampu, tak ada bantal, sempit. I sungguh flexible :) and yea. Suka tidur paling teeeeepi.

16) Takut dengan segala jenis serangga. Rock rock juga. Tapi kumbang gwa takut broooo.

17) Bilik I menggunakan haruman Teddy Bear dari Lovely lace.

18) Ada satu almari padat dengan baju tapi last-last hanya akan memilih baju berwarna hitam atau plain shirt with jeans.

19) Perfume kesukaan I adalah Dior Addict 2 dan Dior Cherie.

20) Hari-hari mesti pakai jam. Bukti :



Warna-warna striking I suka :)


21) I tak suka perempuan yang cakap slang slang. EUW -.-'

22) I cepat tertarik kepada orang yang bagus dari segi pengetahuan akademik dan agama. Bukan blackberry or iphone dia ada berapa atau kereta apa dia bawa atau dia anak orang besar mana atau berapa banyak gaji dia atau dia abang long kawasan mana.

23) I tak suka lelaki yang ada misai, janggut, bulu dada dan berbadan katang/body builder. Geli tak pasal-pasal kan? Hehe

24) Mesti balik sebelum maghrib setiap kali hangout dan tidak keluar malam. Ada! Tetapi sangat jarangggggggg sekali.

25) I suka bergossip! HAHAHAHAHAHA. APAAAAAAAA? Nak bukti?







HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH. BANYAK LAGI SEBENARNYA. MALAS JE NAK TUNJUK!




Sekarang dah pukul 3.34am. Gila buat dari pukul 1.30am tadi. Susah juga ye :/

Thanks for tagging me EchaSuzrin :)

Kerana

Hello Sugar-Pie :)

Been wondering mana I menghilang selama ini?
Ya?
Oh kamu pula tidak?

Mungkin jumlah post tak dapat memberitahu uols how much I miss blogging! :)

Mungkin kadar jumlah comment tak dapat menafsirkan berapa ramai orang yang singgah di page I untuk memberi support. Ok tipu. I dapat tau juga from my live-traffic kat tepi belah kanan ni! ^-^

Mungkin kerana keselesaan hidup telah menyebabkan my brain sangat susah/malas untuk membuat kerja iaitu berfikir.

Mungkin kata-kata Pembunuh ( Ohoi Uols ingat hanya ada Silent Readers je? Silent Killers pun ramai okay! Sesak nafas kalau nak dilayankan. Tujuan? Oh pastilah untuk membuat I hilang dari arena blogger! Yea, agak berkesan tapi tak berapa nak berkesanlah kerana akhirnya I berjaya membuat post today! :')


And yea...Mungkin segala mungkin yang mungkin


TAPI UNTUK CLOSE BLOG INI. OH MEMANG TIDAK MUNGKIN!

sebab I shayang semua readers I :)
so sweet tak? so sweet tak ?
ok -.- tak nak tanya 3 kali kih kih

MALU MAK NOK KALAU TAK DAPAT SAMBUTAN :P

So, oh well. I akan try my level best untuk memenuhi segala permintaan dari taggers. Thanks for tagging me :)

AND jeng jeng jeng *bunyi suspen (cewah cuba membawa mood, cubaan cubaan)








Tadaaaaaaa! Im back Uols!!! ^----------------^

ps: Ha lu, please buat buat happy please? Fenat Faku Fujuk Fati Faku Fau!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...