Sunday, December 18, 2011

Love Life



sebak sekejap kitewwwwww tengok video ni tau :'(

Its kinda funny when we girls tengah-tengah makan and out of sudden ada la seorang buka topic hal hal macamni. Benda biasa sebenarnya. Memang diorang suka bersidang time-time tengah makan. Girls are not like guys. Guys selalu simpan. But girls, their friends are actually their private diaries. A to Z tahu. Haha.

Sekarang ni memang musim penyatuan cinta. Semua orang bertunang, and kahwin. And of coz, kittew kittew yang belum apa-apa ni mula lah cakap macam-macam. bukan mengata orang yang berkahwin tu la. berkata tentang kejodohan ketidakkan kesampaian kittew sendiri-lah. SOBS!

Ahaaaaa. gua chill je. cuma cuma cuma. besar betul kuasa tuhan yang memang kita tak dapat predict at all siapa our future jodoh. Been wondering mine aswell. Siapa lah agaknya right. And girls, please janganlah suka-suka memberi apa apa kenyataan berani mati yang mengatakan "oh, glad I ada bf and I CONFIRMED, He gonna marry me". Sekali esok. Break-up. *claps

Jodoh beb, jodoh. No one knows. Tapi kita still boleh usahakan. InsyaAllah.

p/s: To my girls, lama lagi doe. 5 years to go. Still can continue hunting! XD

Mish,
Anis Haha. XOXO

Sunday, November 20, 2011

The Happy Day 20112011

Hello Babydolls!




I dhont have any idea to explain why i love this two people.
I see "maturity". No need to be express it in a sweet mode video. But this is cool enough. Congratulations!


p/s: Not to be forgoten, congratulations to the two important people in my life.
Congratulation on your Risik Day Dear, and the other one, Congratulation for ur new born baby.
Oh, need i to still mention your names? Nah, you know who you're. Im happy for both of you :')

Monday, November 14, 2011

Biar Mimpi Sampai Ke Bintang

Balik rumah with super-tired brain kadang kadang boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang i sendiri tak suka. This few weeks, pelbagai hal i terpaksa settlekan dalam masa yang sangat singkat. tidur pun i terpaksa singkatkan. Tapikan bila otak dah panas, badan panas, kalau hati pun panas memang jawabnya demam lah kan. tapi demam i kali ini bukan demam biasa. luar biasa. sebab ada satu benda tambahan yang panas. MATA!

Oh did i told u yang i dah break-up dengan A? he's useless. he's now with someonelse. not me!

and now, untuk membuktikan i tak kurang hebatnya (this is so poyo) i dah ada crush baru. susahla nak cakap.yea, been observing him for quite sometime but mungkin i terlambat or i terlalu busy kerja sampai tak sempat nak mengurat him kan..hee..dah terlepas. migraine aku satu hari bila tengok dia. malu nak mengaku, sebenarnya kalau tengok dia on tv, sure senyum seorang. i knowwwwwwwwww :/ sighs

and i sendiri tak faham kenapa my randy (oh loveeeeee) must berlakon dengan elfira loy! duluuuuuukan bagus semua gandingan orang indonesia. harus la i tak dapat nak cekik diorang (sebab jauh kan)! Producer yang ini, ish memang saja nak i masuk paper esok dengan headline "elfira loy mati dibunuh kejam " then terpampang muka i dengan tangan kena gari. T.T tskkkkkkkk this is sooooo unfair. kill me kill me kill meeeeeeeeeeeh! (lol)

here you go. tengok lah this pic puas puas. i malas nak tengok. bikin bersyaithan je jiwa ni! :/









p/s: A is for Ariel Peterpan! not my MR.A, he is a good guy!

Mish,
Haha XOXO

Sunday, October 23, 2011

U Dhont Know How Much That Hurts.

Gua kalau lu jumpa depan depan, ada orang kata kerek. TAPI sejak dua tiga lima menjak ni, gua dah sehabis baik cuba help diri gua juga untuk mengurangkan rating mengatakan gua kerek. Gua cuba sebaik mungkin untuk memulakan perbicaraan apabila baru jumpa dengan stanger/s, and gua cuba hilangkan rasa malu gua yang sesungguhnya tebal macam rambut gua untuk cuba bergaul seperti manusia biasa.

Tapi sekerek-kerek gua / semalu-malu gua yang kalah pokok semalu ni. Bila datang untuk mintak maaf kalau gua rasa gua salah, gua akan buat. Gua takkan sebab ego, gua tak minta maaf. Tapi lu orang rasalah, orang macam gua ni (anggap sajalah gua ni baik) kalau dah marah, tapi gua minta maaf,lepas tu orang tu buat taik dan memperkecilkan tujuan gua minta maaf, lu orang rasa gua akan mintak maaf untuk kali kedua ? atau atau cuba berbaik baik dengan orang itu di lain hari ? atau dia kasi diam 3-4 tahun dan anggap jiwa gua sudah reda? atau dia anggap dia cun / hensem sangat yang gua terpaksa berbaik dengan dia? atau dia ingat gua ni tade memory-card dalam otak yang menunjukkan gua masih ingat tragedi tu dan ada virus datang menyerang yang telah menyebabkan file otak gua corrupted?

please lah. u know what hunny, i hate you today like i used to hate u yesterday.

Orang kata sedangkan nabi s.a.w ampun kan umat. Sesungguhnya mmg jauh nilainya gua kalau nak dibandingkan dengan nabi s.a.w kita yang cukup sempurna itu. gua insan biasa. penat gua pujuk hati gua. tapi nanah dah kalah gunung berapi la sey. kalau lu orang kasi cucuk dengan pin..haih susahlah nak cakap.

harini, tiba tiba gua realised bengkak hati gua tak surut-surut lagi rupanya. haih.lu orang rasa macam mana? drop me some advices



goodnite people.


Wednesday, October 12, 2011

Tips Convo


mana mana pergi u mesti ada checklist. apa apa buat u mesti ada checklist. I dah kategorikan diri i sendiri sebagai tukang lupa handalan tahap super. hihi. tapi tak pernah hinsaaaaaaaf untuk buat checklist bila nak buat apa apa atau ke mana mana. heiiii, xkan sebab minum air ada semut berenang seekor pun dah jadi mcmni? ohhhhhhh, maybe sebab i suka tito xtutup lampu tak...connective cells dalam otak tak bercantum! LOL x)

ok,

1) pastikan baju special for convo diperbuat daripada material yang selesa.
- i beli baju cotton! (correct)

2) kasut jangan terlalu tinggi. if tergolek dekat stage, luuuuuu juga malu. max 3 inch!
- i used 5 inch heels without platform . keluar dewan. separuh kaki dah lumpuh. die -.-' (wrong)

3) robe pastikan ur size.
- i sanggup jadi orang somalia demi dapat robe my size (lucky)

4) bobby-pin mesti bawak atleast 4. mortar board (topi convo) free size, beware! kepala bersize monyet, alamatnya longgarlah topi u! aha
- ohhhhh glad, i bawa! (lucky)

5) sweets & camera its a must have items in convo's hall ! hilangkan mengantuk.
- nasib ada camera hp. boleh cam-whore tak sudah dalam hall and i minta ehsan kawan sebelah untuk candy -.-' sleeeeepy like hell tunggu turn. ( not so lucky)

6) use make-up girls. over sikit, nevermind. sebab lighting kuat akan buat u pucat& kata nak nampak special~ && hairdo is a must. tudung sila iron betul-betul. elakkan tudung yang nampak kesan peluh.
-tak sempat nak make up sangat. kelam kabut that morning :( (unlucky)

7) bangun awal untuk bersiap sempurnaaa!
-bangun lewat~ iron robe pun awal pagi tu. pffft (sengal)

8) if convo diadakan di tempat yang kurang familiar, keluar awal. if sesat, tak apa. masih banyak masa. tak lewat :D
-salah jalan pagi tu. nasib baik ada 'papa-go' yang berani! (unlucky)

9) ada kawan-kawan yang awesome tak? meriah la majlis convo kalau u invite them!
-LOL. nasibbbbbbbbb baik semua awesomeness dtg! THANK GOD! (veryyyyyyyyy lucky)

10) did i ever mention about must have tissue inside ur bag?
- tak bawa. grrrr. so masa sebak sebak tu, tadapat hide at all x) shameeeee on u anis! (wrong!)

11) sila sembur perfume yang wangiii wangii. lepas keluar dewan semua orang nak hug u! prepare ^^
- hihihihi. sebotol i sembur auwww (lucky)

Selamat Berconvo U Guyssss! :D

Hug & Kisses! xoxo

















Haha & Convo

stress belajar? give up repeat paper? headache and rasa annoying gila bila bangun tidur straight away terfikirkan FYP tak settle? malas yang membuak-buak & tak dapat nak pujuk dah kaki untuk carry badan pergi class? rasa dah beyond limit nak tolerate dengan notes & books? Duit dalam acc dah habis leka bayar fees, tapi pass nya tidak?or tahap amukan dah sampai paras hidung dengan lecturer, kalau jumpa tengah jalan rasa macam nak tikam-tikam sebab dengki habis tak bagi uols pass?

i just boleh cakap : chill la wei. enjoy it to the fullest! nothing to be regretttt of! do ur best!

lain? tak ada benda lain dah. just that. rasakan level of stress tu sampai maximum. gila lah selagi u boleh jadi gila. and make friends selagi u boleh berkawan. haih. so sad, its all over already.daym.

bila dah enter alam pekerjaan then ull know. bangun everyday 8am sharp mesti terpacul untuk punch card. lewat even 1 minit, considered as late. 3x lewat, amaran 1, 2, 3 and fired. kena kemas. kerja berjuta juta lemon. hp pun nak berbunyi sebab msg daripada digi, celcom,maxis etc. weekend rasa letih, hilang mood nak hangout. bf/gf call rasa seronok tapi dia lagi 'seronok' dengar u berdengkur belum 5 minit pun berborak. bff ajak pergi vacation, tadapat pergi sebab purata annual leave u xcukup & the list went on and on....

tanggal 9.10.11 (nice number right?!) yang lepas, i melalui saat yang mengembalikan saat-saat indah university. eventho kena tunggu about 1o months after i completed my studies, but its ok! and yang paling cannot go bolehkan masa berdiri untuk nyanyi uni's anthem punnn sebak. rasa macam insan berguna. kikiki and no to forget, thanks alot to those yang dtg and celebrateeeee my convocation day! u guys mmg awesome! and i appreciate it to bits!

hugs and kisses! xoxo

p/s: mmu pleasela organise well hari rehearsal korang. i dah jadi org somalia that day bertarik rambut nak dapatkan robe! -.-' and terpaksa menyerah diri untuk bertukar menjadi arang berterik di tengah panas , beratur sepanjang sungai nil dan membawa semangkuk kuah di ketiak untuk mengaktifkan smart card. THANKS ALOT.

Multimedia University Melaka Campus 2011 :')


Tuesday, October 11, 2011

Anis Haha is Back?

assalammualaikum semua.

oh tak tak jangan risau. gua tak ada masa nak tiup sawang dalam blog. like what the... sawang?!
chill chill keep breezy, elak elak entry kontroversi (boleh ke? :p) alahhh. kena juga ke gua buat routine macam bloggers lain? tanya semua rindu i ke tak? and tunjukan penuhnya sawang dalam blog ni yang seguni banyaknya? hell-o. nah, im not gonna do tat *nada diva*

so, hows life been treating u guys outhere? hope u guys are doin great, awesome and good. gua pun boleh tahan lah life. bagus. cuma banyak perubahan frasa kehidupan gua lalui dalam tahun 2011 ini. apa frasa-frasa dia? gua pun tak berapa pasti.

gua nak tgk performance blog gua dulu sebaik sahaja post ini di publish. baru boleh share!

see ya soon guys! xoxo :*

mish&kish,
Anis Haha

p/s: sila baca banyak banyak kali. hit certain limit. ill blogggg again. click click. hurry hurry :D

Monday, August 08, 2011

Penyakit Bahaya Remaja Malaysia 2011

Hi Darlings!

Lama tak dapat share share thoughts dengan semua! Rindu sangat tau! :S but today i semacam terpanggil nak share one topic dengan all of you.

Since dulu lagi i dhont like people that brag too much about themselves. at first, i boleh lagi chill. makin lama makin tak boleh blah. This boastful talk make me sick. very sick i shud say.

Sekali tak cakap 'up' tak sah. Best sangat ke cakap up? LOL x) Terus terang i cakapkan. I kurang bestfriend since i sangat cerewet memilih bestfriend. eh macam good good je kau Haha macamla semua orang suka kawan dengan kau kan? memang tak lah.

tapi kan tapi kan we have the option to choose over who we want to be bestfriend with kan. So i did my own research! salah ke? hope to get the best result kan? berusaha beb :)

Seriously dulu i try to absorb watever things and shits these 'high-class' people dok canang dengan i. But now, nomore and goodbyelah pada sesiapa yang ada this penyakit! Ure definitely not cool.

erk, u dhont get the idea yet?

baiklah kita mulakan sesi pembelajaran on how to value people's shit! adakah iya sejenis cirit air atau pun tahi yang mempunyai isi jagung dan berminyak selepas menelan maggi! hak hak hak

" i malas betullah nak bawak kereta MERC bapak i. and you noe mak i pulak asik paksa je i drive her BMW 5 series. malas betul la"

"oh girls, you noe what i ni tengah dilemma ada 3 orang yang suka kat i. sorang doctor, sorang lagi pilot. seorang enggineer. tengoklah i nak yang mana satu. pening lah nak fikir"

"eh melaka apa best. nothing kot. no life at all. mall pun ntah apa apa. F21 pun tade. what theeee. KL ni semua ada. Kerja KL la cool."

"Ow you jumpa my brother ke? dia naik apa? what? kapcai? no way! abang i bawak Saga FL kot! Tak pernah la dia nak naik motor-motor ni."

"aow, you model juga ke? i punn. aritu baru i tolak 1987656 offers modeling. bridal semua berebut rebut nak kan i. yeah, boleh la kita kawan baik since both of us models"

"Sungai wang? where is that hell? i tak pernah tau pun. Pavillion n KLCC or The Garden i tau la. u beli baju situ ke? macam tak best je. Boutique style ke?"

"ei, rugila you beli dekat Channel, i rasa dekat Todds lagi best. and yeah, LV pun lagi cantik cantik. eh you beli kat parkson? reallyww (buat muka dia tu)"





ok enaf. bulan puasa Anis Haha. bawak bertenang. t(--t) tak cakap ok, sign je!

To be continued

Tuesday, July 05, 2011

Haha and Fashion

Hi Babydolls!


My love towards fashion is undeniable. I adore few random odd people just because they have quirky fashion-sense and nothing can exceed 'em. The love spreads huge and unstoppable! Oh, I do not need Barbie to be my imaginary idol, I might just need Gaga more than Barbie to fill my fashion-dream-world. I might destroy Barbie, because I cant tolerate cuteness-es.


“We are shaped and fashioned by what we love" - Johann Wolfgang von Goethe








& yah.... I totally agree :)

Monday, July 04, 2011

Pontianak Much?



Peringatan: Awas! Slowkan volume speaker. Membingitkan & Menyeramkan!

Sunday, July 03, 2011

Haha & Fazura :*



Hello my babydolls!:)
had great weekend?how about all my darlings out there? i had a blast weekend indeed. duperduper nice! hee. hope semua pun enjoy sama macam i! dapat beraktiviti dengan people that close to your heart and dapat rest dengan amannya. what i hate about weekend is attending wedding! best, tapi boring kalau u tak berapa nak kenal siapa. and just great. minggu ni sifar wedding!

Nak dijadikan cerita, since minggu ni free, kwn i ajak pergi jumpa fazura! OMGUCCI! she's fucking pretteyh i tell u! rasa macam nak cekik cekik saja. sempat i bergedikkan dengan fazura atas stage. tapeduli dah apa orang nak cakap -.-'


thanks to Mr.A sebab sabar and baik melayan my gedikness tatday :') fazura i~
fine, adlina dapat berbangga sebab dia punya gamba sikit punya lawa. over the moon dengan fazura. tapi i? kenapa ini hukuman yang i harus hadapi. haih.

sedikit kecewa dengan muka i yang sedikit sengal. baru ingat nak frame gamba dengan fazura! frust ok frust ok frust ok . & im not ok! :S

nah tengok sikit tengok ni! haduhsakitnyahatiakunyahhhhhh!

grrrrrrrrr. nervous-over-the-head sampai kasi pose muka nak masuk tito satu! okthxbyebenci! :/
ps: fazura puji my handbag. oh sampai i terkejut bila realised dia tulis dekat poster skali ^^'

Haha so love u faz darling!

Friday, July 01, 2011

To Tired To Handle

Apa benda yang paling menjengkelkan apabila sedang dilanda taufan penat membuak-buak? I yakin semua orang pun bukannya tak pernah rasa this bad-feeling. it comes naturaly bebeh. tayah jemput, pasti melanda punya. kerat jari lah!

oh tak? fine >.<' kerat lah jari i ni. tsk

Manusia yang paling baik, pasti akan diam tak buat apa apa tapi muka mencuka kalah susu basi. yeah, i noe u people!

Benda yang paling penting bagi I adalah balik dengan keadaan rumah yang bersih adalah sangat menenangkan minda. That is why, macammana lambat sekali pun, sebelum I pergi kerja, I akan pastikan bilik palingggggg tak pun pillows tu disusun la eventho tak kemas bedsheet. Its ok. still boleh tolerate D:

Second, pleasela jangan tanya soalan yang berkaitan dengan office, nak nak lagi baru 2 saat melangkah masuk rumah dah dihujani soalan2. Yes, I noe u care. tapi cant u wait sampai orang dah habis mandi or dah chillex sikit..kan...muka susu basi tadi dah manis macam caramel balik kan. alahai-.-'

Third, paling tak boleh blah....ni dah hangin satu badan banyak sangat kes hantu jembalang mana dah buat kat office..konon-konon nak balik rumah boleh la lupa sikit. TAPI hantu tanah mana, makan tak tau basuh pinggan, sepah sana sini, nak lagi sedap, slumber cakap "eh masakkan nasi, lapar la perut aku ni..." ayat orang duduk rumah, menyuruh orang yang tengah sakit akal peluh panas jantung ni pun tak habis keluar ni masak nasi untuk dia pula. aiiiii T.T

Fourth, kita balik lambat sebab office banyak kerja. Ada pula hambaAllah yang menuduh, oh ko balik lambat sebab merayap eh. Memang sedap. Nak tengok muka orang makan manusia siap kitai-kitai usus. Sila la tanya. Esok front page Metro! confirmed!

Tolerate la please people. Fahami dengan keadaan sekeliling. Thanks sebab faham. Thanks sangat! :'S




Goodnite people. Minta-maaf kepada sesiapa yang kena bebel dengan I. workloads buat I membebel. Tired much? hell-yes.

Monday, June 13, 2011

Dont Say You Love Me





2003, 2003, 2003.

Memang i tak boleh lupa. Busy struggle dengan PMR tahun itu. tahun keramat lah i should say. perit sangat bila terfikir macam mana mummy menangis kesedihan dan menjerit bila dapat phone call dari Mercy Malaysia. Yea, bapak i memang aktif jadi sukarelawan. Bayangkan tiba tiba tengah syok tengok melodi then berita 1.30 at tv3, keluar news about my own dad kena tembak dekat Iraq. Tuhan je tahu perasaan sedih tu. takut. takut sangat kehilangan.

Hmph, dekat sekolah, i yang blur ni bertambah blur bila kawan-kawan mula tanya dengan news yang terpampang dekat newspaper etc. nak dijawabkan apa i pun tatau. kalau boleh tanak fikir apa apa. Belum lagi nak fikir yang menangis, menangis dekat rumah. Belum lagi pula cerita macam mana nenek i peluk TV bila muka my dad keluar. Dengan esakkan and trauma dia ..ish.. satu macam lah.

My dad and his children memang jarang berpeluk-peluk macam orang lain. peluk pun sekali je setahun, itupun hari raya time mintak maaf tu. Haha. Tapi we all tahu, dia sayangkan semua anak dia. Bagitahu la apa yang nak, he'll never say no. Tapi yang sedapnya, anak anak pula baik sangat. kecut segala bila time nak mintak anything..almaklum ayah garang.

Im superly glad dilahirkan dalam keluarga yang sempurna. Nak kata terlalu senang, tak. Tapi alhamdullilah tak adalah pulak pernah berlapar seharian.Honestly, im proud my dad is a doctor. Sumber inspirasi habeh. Masa kecil kecil ketot cikgu suruh penuhkan column cita-cita sure 1st choice nak jadi doctor. ahhhh....tak boleh ingat la those memories.Sedih. Tapi peliknya dia tak kasi i jadi doctor. Gaji kecil, no time nak spend dengan family katanya. Thats why now dia berniaga & buat business yang sangat berbeza dengan profession dia.

hihi betul la juga bila i fikir-fikir sekarang. nasib baik kau!

1 and a half years my dad tak kerja. lumpuh sebelah kaki akibat kena tembak tu lah. Been shot by AK47 gun and dari jarak yang dekat. tapayah bayangkan macam mana punya hancur la tulang punggung dia. and its sooo hurting bila dengar dia mengerang sakit dekat rumah. Luckily, my mum ni ex-nursey. basuh luka, bagi makan ubat, ganti segala semua mak i yang buat.

Rumah? haih jangan cakap. memang penuh dengan wartawan. TV1, 2, 3, 4, 5, haihhh.. all la. feeling artis sekejap dulu. nak keluar rumah beli barang barang dapur siap tutup muka, senyap senyap ikot gate belakang sebab tanak paparazi tahu. ahaks. funneyh la bila terkenang balik. sanak saudara? OMG rumah macam nak pecah dah. alhamdullilah nasib baik ada diorang. i dhont have a clue how much i shall say thank you yang tak terhingga kepada semua. Thank You sangat.

After 2 years, in 2005 my dad miracle-ly dapat jalan balik. Evetho he said, kaki dia tak rasa apa. Tapi berkat buat fisio-theraphy dengan baik, dia able to walk again! Syukur Ya Allah. Bergantung dengan ubat untuk saraf regularly, alhamdullilah dia kembali macam orang normal. Siap buat ceramah kesedaran kat sekolah I tuh. malu, segan sekejap mak. haha sentap i kena duduk front row. tak pernah di buat ok, pecah rekod i gangster duduk paling belakang tiba tiba tecanguk dekat depan? haha

Haaaaaaaaaaaa dah 9 tahun its over. Tapi....................

kesakitan tu datang balik. since last 2 days, my dad dah tak boleh jalan balik. Sayu bila fikirkan semalam i terpaksa papah dia masuk bilik walaupun tinggal 3 langkah lagi untuk sampai. haih...Memories 2003 tu datang balik-lah.Haih.Paling risau sebab, my bro's big day is coming....hopefully my dad ada untuk meriahkan majlis tu. Get well soon abah. Ure our hero. Gambate!

ps: warded dekat Putra Hospital this morning. cepatlah habis office-hour! :(


Thursday, June 09, 2011

OH TUHANNNNNNNN



If i were to say i cried over this video. Sure orang tak percaya. Bukan video sedih pun. HUH!

Monday, June 06, 2011

Thank You ♥

Sebelum I terlambat, and jadi terlupa and i wanna say zillions thanks to those yang celebrate and kind pluss nice enaf to bagi prezzie to me. Dah besar besar ni mmg jarang orang nak bagi bagi hadiah. belanja makan pun dah rasa memadai dan rasa nak nangis bila orang sms "babe, lets i blanja makan, ur birthday today kan". ohoi melompat lompat sampai sakit sakit lebam kepala terhantuk sana sini :')

I rasakan, i tatau mcm mana nak balas. this is posted as special thank you to all yang ingat my birthday last april. erk, mmg la april punya cerita, tapi pending sampai june baru i ada masa la. HA HA HA, bila dpt hadiah please jangan bayangkan reaction i. bukan lebam lagi ye. stop thinking about that. scary :P


muncho ♥,
AnisHaha














oh nak preview gambar gifts?
boleh :)


TQ so much Mr A :')

TQ my best buddy Fifa! auww, oh all the way from Aussie :)

Super TQ to my dearest bff Adlina. Haha tunaikan apa yang i hajati. auww :P

THANK YOU!!


Sunday, June 05, 2011

When Haha Got No Time to Blog.

Siapalah dulu yang membakar semangat i suruh pergi kerja and jangan duduk rumah. Yes, kehidupan bekerja memang diff dengan kehidupan goyang kaki dekat rumah.

Sumtimes, baru saja sampai rumah belum sempat nak fikir nak makan apa, otak i ibarat batu bata keras dah. Tak function. Yang dia function adalah membayangkan satu tempat yang lembut and sejuk.Apalagi, memang White Room lah jawabnya. Tak sempat nak buat activity masa senggang i yang suka which is cam-whoring! :P

White Room preview sikit cannot byk

For now, memang i tiada idea yang bernas sangat nak diceritakan. Life kerja, ya as usual, 630am terpisat pisat bangun, mandi and bersiap. 830am masuk kerja. Kerja macam nak gila at 1245 pm rehat makan makan selama satu jam. 2pm masuk kerja balik..saaaampai la 5pm!

Walaubagaimanapun, i tetap thankful dengan kehidupan. Yela guys yang buat medic, lagila nak on-call etc..tapi kita at 5pm dah boleh pack-up balik rumah, makan nasi goreng, lepak-lepak with gfs gossips and malam at 8pm tengok nora-elena, after that habiskan masa berangan atas katil nak bf macam Seth sampai tertidur mimpi-mimpi siap. Haha but dhont you girls think that there is no guy yang macam Seth in this world?

No lar, there is, there is. Tapi sebab Seth tu hensem and kaya. Usually kalau ada pun guys yang hensem, badan ketul and hopeless romantic cam tu, cuba try test sikit kalau dia tak hensem? ado uols nak? Tapayah jawab. I dah ada the answer. Lelaki hensem mana ada camni in reality. Sebab dia tahu saham dia tinggi. Tapayah buat apa pun, menggelupur girls nak :P

SO STOP DREAMING OF GETTIN ONE! HAHAHAHAHAHA! SETH TAN TADE ,SETAN YANG TERLEBIH ADO!


Muka expression "u get me? faham tak apa i ckp" LOL x)

Isnin till Khamis inila rupanya. Pakai uniform. ahaks. Amacam cool tak uniform?

Goodnite, nak iron uniform! blueks :P



Tuesday, May 24, 2011

Anak-Anak Jiran Punya Hal

Budak zaman sekarang memang unpredictable. kadang-kadang sakit jantung dibuatnya. Oh god!

Budak 1 : awak, awak kena ketip kuku tau. nanti banyak cacing (sambil pegang-pegang kuku i)
Budak 2 : eh biarlah dia, sukahati dia lah nak buat hobo apa. hobo dia, dia suka, dia buatlah.
Haha : hobo tu apa? hobo ke hobi?
Budak 2 : ehhh. hubi, hubi (sambil menyingai senyum innocent)
Haha : HOBI-lah budak kecik. hahaha. bukan hubi >.<'

Budak 2 : eh awak ada boyfriend tak?
Haha : euw, budak kecik mana boleh ada boyfriend -.-'
Budak 2 : ehhhh awak cepat cepat la cari boyfriend! kita ada boyfriend. awak ada kan?
Haha : ishh....pandai pandai je.
Budak 2 : eh awak kenal afiq kan?
Haha : err (eh mcmmana budak ni boleh tau nama Mr.A ni? brrr kantoilah aku aduh)
Budak 2 : eh afiq tu kawan kita, boyfriend kita nama zharif lah. apa la awak ni~
Haha : hoi budak ni, buat cuak aku je larrrrr

Budak 2 : kawan kita ada tahi lalat dekat bahu tau~
Haha : habis tu tak buang ke?
Budak 2 : dah, buang pakai ketip kuku~ (muka slumber)
Haha : adoiiiiiiii (ngilu nya ya allah)


Wednesday, May 18, 2011

Lelaki & 4 Isteri

gua memang tak angkat peduli hal orang sangat, sebab gua pun tak berapa gemar orang angkat peduli hal gua kan. Tapi minta maaf lah, gua panas betul dengan abang SY (teka sendiri) yang buka branch no.4 itu hari. perempuan 24 tahun mana la yang sengal tu. meh gua sekeh sikit dahi tu. haih, ye, gua tau itu mengikut sunnah nabi, tapi nabi kahwin atas sebab membela nasib janda-janda di hujung kampung yang nasib tidak dibela. Tapi abang SY? hmph mungkin dah jodoh.

Ps: euw >.< celup sana sini. wekk

Haha Is A Working GF

Ahh. So long i have'nt drop any post in here. Anyways, dhoont ever sigh over this readers. Im still here, still having the same daily routines, nothing interesting i must say and i rasa i tak patut pun share dengan everyone because i wuden feel happy if all of you pun tak happy baca my post. hihi :)

Ya seperti mana semua tahu, masa i sangat sedikit untuk diluangkan bersosial, since i dah mula bekerja kan. So, ive been a little poyo sekarang,bawa kerja office balik rumah and konon-konon berdedikasi siapkan kerja -.-' (masa dulu, assignment harem malas). so well, thats that. hmph. whatelse..

Sejak dua menjak ni. Entahlah nak kata 'bulan sabit merah' tak juga, tapi barulah i faham, apa erti kepenatan orang bekerja. Eh, ingat orang kerja buruh-kontrak je ke penat? Eventho kedengaran "alah kerja office je pun" tetapi kepenatan menggunakan kekuatan akal sama penatnya dengan kepenatan menggunakan kekuatan fizikal.

So, here i am again as the genius Haha, dengan murah hati nak share sedikit tips regarding

"How to win your working GF's heart" :)

1) dhont text her like u used to back in college. text bila perlu. less pressure untuk dia.
2) hantarkan lunch randomly. cairs diorang confirm! :)
3) bila dia mengadu tentang work loads, just listen to her and bagi kata semangat.
4) if dia tertito, let her. she's tired. leave a msg, tell her u've called. be more understanding.
5) jgn main game waktu dia free. ini mmg mengundang. main game masa dia kerja, tak apa.
6) set untuk spend quality time together during weekends. she needs it. lepas kerja 5-6 hari seminggu, otak sure tepu & surely nak release tension with loved ones.
7) jangan cari fasal ,nak nak lagi pukul 5pm or lepas office hour. nak mengada-ngada tunggu malam. haha :P
8) kalau dia tercampurkan hal office dengan hal peribadi. nasihat dia baik-baik. jangan marah balik pulak. aiyoyo T.T
9) buy her candy. katakan itu vitamin untuk recharge energy waktu kerja. Mesti dia kerja sungguh-sungguh. lagi la pula ada bekalan khas :) segarrrr satu hari tau. auww
10) if jumpa lepas kerja, jangan la ckp dia selekeh & busuk. eventho dia memang dah selekeh waktu tu. kerja kuat sampai semua pun serabai. give compliments-lah bro. hehe.



Thats it. So tired dengan preparation my big-bro's nikah this coming 21st May 2011. Lucky, my baju bidadari dah siap! I just wanna have my sleep zzzzz. i need it badly.

Saturday, May 07, 2011

Lagu Melambangkan Seseorang?



Oh this is my toplist song & videoclip since ages :)
Gua memang paling rasa. Everytime gua dengar playlist gua. Lagu ni gua akan ulang minimum 2x.
Gua tatahulah apa kata orang diluar sana. Tapi bagi gua ni bukan soal seberang atau tidak. For me, this is just nice. Minit 2.44 , peak , very deep.

ps/ terpulang-lah lu nak fikir apa-apa tentang gua ;)

Monday, May 02, 2011

Si Hidung Kembang.

gua nak jirus air yassin dekat blog gua ni. sebab ada perempuan sihir duduk sibuk baca blog gua dengan suami ikan emas dia tu. menyibuk gila lu. syuh. gua halau lu ni. syuh syuh.

Friday, April 29, 2011

Haha's Sigh. Sorry Readers.

Gua..emph..haih. Gua pernah berjanji yang gua tak akan jadikan blog gua tempat meluahkan perasaan gua. Lu tengok lah sekarang. Apa dah jadi? Typical lah lu Anis Haha. Bluergh.

Tapi gua manusia biasa. Manusia biasa, yang kadang kadang tak kuat untuk berpegang pada janji. Gua penat bagitahu dekat diri gua, jangan. Tetap dia..Haih.

Tapi gua tetap rasa...tiada siapa didalam dunia ni yang faham dengan kondisi diri gua. Gua goyah gila la senang cerita. Kondisi gua memang tak ada penyelesaian. Tapi gua cuba....Haih.

Gua hati bengkak. Gua sekarang kering air mata. Gua panas kepala. Gua...argh! Gua tak pernah sangka semua benda ni akan terjadi pada gua seawal usia ni. Gua bengang kenapa gua terpaksa fikirkan ni semua. Memang, memang gua sedih. Haih.

Tapi gua pujuk hati gua. Jangan bertindak ikut suka hati gua. Dia pesan, sabar, slow slow. Ok, gua sabar. Gua slow. Atleast gua cuba. Tapi, tak ada siapa tahu bersarang perasaan berkecamuk dalam hati ni. Gua tak ikhlas. Gua tak tahu macam mana nak pujuk rasa ikhlas tu. Hati gua kali ni memberontak kuat. Keras. Gua sendiri tak boleh nak kawal. Haih.

Mungkin gua memang azali degil. Memang, gua mengaku. Gua degil bertempat rasanya. Hmph. Tapi, gua sentiasa berdoa pada Tuhan. Ingatan pada Tuhan memang menenangkan jiwa gua. Ya Allah...terima kasih tak terhingga. Jauhlah segala kebinasaan dari hidup gua. Gua benci. Gua fed-up. Gua tired. Gua kusut-lah!

Patutkah gua .............................give up?

Gua memang typical. Gua benci diri gua sendiri. Maafkan gua readers :/

Wednesday, April 27, 2011

I Hope...



"Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead "


hmmph :/

Monday, April 25, 2011

Haha's Birthday Celebration!

Yeagh. gua lagi. gua lagi rupanya yang datang ke ruang dashboard lu orang. Tapi gua tahu. Lu orang tapayah gua update, hari hari lu orang click link blog gua kan? HA HA terima kasih sebab melantik diri lu orang jadi papa/mamarazi secara automatik.

Tahniah gua ucapkan! Gua bukan apa. Gua suka lu bukak page gua. Sebab apa? Sebab gua punya "tabung masa depan" pun bertambah dengan sihatnya. Kahwin free la gua, yiha! huh :8)

Lu orang care-to-noe kan di mana sambutan hari lahir gua dijalankan itu hari kan? Ya, gua pun care-to-share juga lah macam gini! ;p Aih malu malu pula lu ni. biasa duduk rileks je click-click link gua. Elelele ;p








Thanks kepada family-cool gua sebab beli cake dan nasi arab dan ikan bakar paling masyur. Thanks kepada si kacak belanja gua makan malam. Thanks kepada si cantik belanja gua makan dan beg idaman.

Malam sikit gua upload gamba lagi. Sekarang dekat office. Mana hilang gambar lain gua pun tidak-ketahuan. Ewah! Nampaknya gua seperti mengantoikan diri sendiri yang gua bukan bekerja. Tapi...lu sambung sendiri.

Peace out! emwah :*







Sunday, April 24, 2011

Tips Kehidupan Bahagia

Hello semua.

Ya. Kurang mood sikit ini hari. bukan apa, gua dua-tiga-empat minggu ini ada sedikit runsing dengan masalah dunia. Tapi gua tak boleh nak luahkan perasaan amarah bak panas nya larva gunung berapi gua dekat sini.

Ya lah. Lu orang tahu tahu je-lah. Orang kita ni, taboleh nak sentuh sikit. Terbarai kain, dia kirai kita nanti. Bukan apa, gua nak buat teguran sikit dengan perempuan muda kat luar sana.

Gua sejak-sejak masuk ke alam pekerjaan ni. Gua asyik dengar pasal percintaan terlarang je. Perasaan dia panas, sama panas macam lu orang baca pancaindera pasal KD hamil 4 bulan tapi baru nikah bulan lepas. sama sangat.

grrrr :/

Lu orang ada bini sembahyang tunggang tunggek, full package, siap beranak half-dozen anak untuk lu orang. tapi sayang..lu orang cari perempuan muda lain. muda ke? *tangan ke bahu, mata pandang atas*

&& yes..

For perempuan muda diluar sana. Cukup lah. Yang dah bau macam tengkorak, kencing pun dah tak tos tu juga lu orang cari. ohhhh lupa, pocket tebal. lu orang lupa ke isi pocket tu bukan untuk lu orang. itu hak dan rezeki untuk bini+half-dozen anak dia dah produce tu.

Lu orang punya bijak, stock stock ada idea bernas nak kaya cepat, lu gi ngorat laki orang. bos bos lu aimed baik punya kan. Lu orang nak kaya cepat, patutnya lu orang kasi habis belajar sampai ada PHd.

Lu pulak, orang lain ada PHd lu orang pun sama naik nak. Tapi lu punya PHd lain macam. Tade MQA. PHd apa? Lu pikir la sendiri. Huh

Fikirkan lah baik baik. Bia jadi kat bapak lu orang baru lu orang faham perasaan orang lain.

Yang si tua lupa diri tu. Nak kawin pun cermin cermin kan lah dulu diri tu. Badan pun dah hamis. Kulit pun dah nak jadi kertas. Tidur pun dah berdengkur macam ikan paus. Barang lu pun ntah ntah dah taboleh pakai. Dah due date.. SUDAHLAH laki tua. amal-amal wirid lagi bagus.

Peace out!


Saturday, April 23, 2011

Handbag Gucci (Replica) Up For Sale!!





UP FOR SALE!
GRAB IT FAST BABYDOLLS!
New! New! New!
only RM55 nego (postage included!) :D
PM me for more info!
SOLD! :)

P/s: I dah dapat gucci yang lagi cantik! thanks to Adlina :') so, letting go this one!

Sunday, April 17, 2011

PMS? Euw



To all guys out there, silap, girls lagi penting untuk baca this time


Mungkin i adalah manusia yang pelik. i perempuan, tetapi i tidak di datangi PMS. percaya atau tidak, kita letak tepi dulu. ada apa dengan PMS? yes, itu persoalan nya.

Maksud PMS? hello? tak tahu yet? nah ini

1.Pass My Shotgun

2.Psychotic Mood Shift

3.Perpetual Munching Spree

4.Puffy Mid-Section

5.People Make me Sick

6.Provide Me with Sweets

7.Pardon My Sobbing

8.Pimples May Surface

9.Pass My Sweatpants

10.Pouty Mood Syndrome

11.Plainly, Men Suck

12.Pack My Stuff

....and my favorite one..

13.Potential Murder Suspect


Yes-la, i tau apa impaknya if bercakap tanpa facts. Tapi tak pernah ke uols rasa, facts juga telah mempengaruhi sebahagian hidup kita? Puas i google sana sini. Tapi deep down i rasa..

1) PMS adalah mengarut.

2) PMS adalah alasan untuk perempuan mengada-ngada tak tentu fasal

3) PMS adalah untuk orang yang tidak mampu kawal diri sendiri

4) PMS adalah medium terbaik perempuan nak tunjuk belang tersimpan. sila jauhi manusia ini.

5) PMS adalah lambang kelemahan perempuan yang diada-adakan

6) PMS adalah sikap perempuan yang layak ditamparkan tanpa budi-bicara

7) PMS adalah masa terbaik untuk lelaki mengenali perempuan yang mereka mau sedekahkan
hati mereka. Jika ada sympthom, tinggalkan saja. Perempuan tu dikhuatiri gila.

8) PMS adalah peluang perempuan nak jadi penipu yang konon-konon tak bersalah.

HAHAHAHA PUAS HATI I XD

Ye, mungkin ramai yang akan cakap, maybe i yang gila. tapikan uols, ramai je manusia yang i dah observe yang tak ada sikap sikap diatas. BOLEH saja. Mak i dari kecil dah ajar, semua tindakkan kita,kita yang tentukan. U PMS, SBB U YANG NAK PMS. get me?

come-on, get rid of such stupid excuses ok girls. be a grown up. get some self-control.

Kalau nak marah, katakanlah timing sikit punya baik ter'kena' on time uols 'bulan sabit merah'. Jangan jadikan alasan "OH I PMS". thats so not cool. katakan saja. "I MEMANG NAK MARAH. KALAU TAK PMS PUN DAH MEMANG I AKAN MARAH". jangan ada-adakan kaitan dengan benda yang tak ada.

Ini semua bikin lelaki sakit kepala saja. lead easy life style ok. u girls rock! cheers ^^

Ice Edge Melaka Sweet-tooth

wa malas nak cerita panjang. wa malas bebel panjang. lu orang pun bukan rajin sangat nak membaca. dulu kecik kecik buku contoh karangan lu orang malas baca, lu orang tapayah kelentong wa. kamus bergamba juga jadi buku kesayangan kan kan. haih..

impian pasang tinggi sangat pun tak guna. harapan tutti fruitti(TF) nak ada dimelaka memang ibarat tunggu Mr.A tumbuh misai bergabung dengan janggut macam Aj Mclean, memang tak.

bagus juga ar. ada sepasukan manusia membawa idea more or less, like TF! gracias muncho baby. nah, berbekalkan hidangan "topping" kurang segar pada pandangan mata, tapi rasa boleh tahan..harga pun boleh tahan nak sama naik dengan TF, eh tanak kalah lah senang cerita.



boleh tahan kan *tangan ke-dada, mata pandang atas* hihi

pada mata wa topping dia agak kurang menyelerakan. cococrunch bukan sebenar :/

baju pink, akak pekerja sekali tengok macam indon, ckp melayu pelat mcm cina. erk?

boleh pilih flavour. lupa nak bagitahu, ini bukan yogurt, ICE-CREAM ogay -.-'



suapan pertama

mmmm ba-ha-gi-a, ma-ni-sh :)

B)


*.*


;)

hmph ;/

dua ekor benda yang kegirangan ^^' sugar-rush attack

ps: Ice Berg ada di dataran pahlawan megamall melaka, betul-betul didepan big apple donuts :)

credits to amalina yazid, love

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...