Tuesday, July 17, 2012

F to the You

kenapa rakyat msia tak suka menggunakan signal dan hanya memberi signal lagi 0.099 saat nak masuk simpang? awak ni mmg sajaaa kan mengundang carutan manis dari mulut saya.

kenapa rakyat msia suka berhenti di garisan kuning sedangkan sudah terang lagi bersuluh undang undang jalan raya msia mengatakan jangan berhenti diatas garisan kuning?

kenapa rakyat msia ni susah sgt nak tgk cermin kiri kanan depan blakang untuk perhatikan adakah mereka sedang menepati speed limit yang sepatutnya dan berada di lorong yang sepatutnya? ya mungkin leka sgt hias cermin tu dengan 10ekor anak patung sampai dah tade ruang nak tengok....hihi so cute la tu?

kenapa rakyat msia (perempuan) suka berhenti (brek) mengejutkan jantung walaupun jarak diantara dia dan orang depan adalah 200m jauhnya? dan tanpa sebab?

kenapa rakyat msia suka parking senget senget sehingga menggunakan dua kotak parking hanya untuk parking baby comel dia tu?

kenapa rakyat msia ni lagi kita bagi signal nak change lane kiri or kanan..tadi dia punya la mensiput perlahan tiba tiba je dah berdesup mengalahkan sebuah ferari dan tak nak kasi chance langsung?

kenapa speed limit pilihan orang msia semasa jam 8.30am adalah 30-40km/j? niceeeee.

kenapa rakyat msia ni ramai sangat gangster jalan raya. kenapa gangsterism adalah satu tabiat yang begitu diterujai oleh rakyat msia?


saya geram betul dengan kakak kancil merah tadi. siap jegil biji mata saya hon sekali. haha. picit muka akak tu kang. bagi signal ye kak lain kali.









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...